Friday 3 April 2009

Mahathir Kembali Sertai UMNO, Serah Borang Kepada Najib

Pemimpin perlu ada pendirian. Sekejap masuk dan keluar ni bukan pemimpin sejati. Esok bila ada kepentingan.. percayalah dia masuk balik ke pangkuan UMNO.


Saya ingat satu cerita, Masa isu anwar tengah panas dulu. Tun Mahathir juga kata orang UMNO yang keluar parti ini pengkhianat. Ada seorang sahabat saya ditukarkan tempat mengajar serta merta di kampung hanya kerana ketua jabatannya nampak surat khabar Harakah dalam keretanya.
.
Semua orang salah.
.
Berapa orang timbalannya tumpas ditengah jalan politiknya. Baca sejarah.
.
Tun Abdulah yang begitu warak diasak hingga melepaskan jawatan. Tun M ugut orang umno keluar parti. Berceramah di pentas pembangkang masa itu.
.
Tun Musa, Tun Ghafar Baba, DS Anwar semua senarai timbalannya tersungkur dan berakhir dengan politik duka cita.
.
Dulu Tun Abdullah
Sekarang DS Najib pulak.
.
40 tahun bercerita tentang kebencian pada DAP dan Lim Kit Siang. Sekarang pergi dan rasmi persidangan DAP dan berkata "DAP lebih kebangsaan dari MCA dan MIC".
.
Saya hanyalah anak kampung. Saya juga boleh berfikir apa yang betul dan apa yang salah. Tidak mengapa pembangkang meluaskan kuasanya. Tetapi bila yang membangkang itu dari bekas pemerintah saya nampak mereka mula tamak kuasa dan hipokrik.
.
Saya respek kawan-kawan dalam PAS. Mereka tidak bersetuju dalam satu hal dan konsisten dengan prinsip mereka walaupun nampak tidak populer.
.
Jangan marahkan nyamuk kelambu dibakar.
Disqus Comments