Monday 1 June 2015

Pengguna keliru Caj GST Pada Kad Tambah Nilai Touch ‘n Go






Laman rasmi Facebook Touch ‘n Go sejak Rabu lalu dihujani kecaman pengguna yang menganggap tertipu dengan situasi cukai ke atas cukai sekaligus membebankan pengguna lebuh raya yang sudah menanggung kenaikan kadar tol.

Rata-rata netizen menganggap perlunya penyelarasan caj dilakukan memandangkan kadar GST terhadap caj servis 50 sen sedia ada bagi transaksi tambah nilai kad yang dilakukan di kaunter ejen Touch ‘n Go tertentu dilihat sebagai cekik darah.

(Kiri) Penafian pihak Touch 'n Go mengundang kritikan dan kekeliruan pengguna.(Kanan)  Pengguna mempersoal kewajaran caj GST ke atas caj servis 50 sen.
“Mengapakah perlu ada caj GST lagi terhadap caj servis 50 sen itu? Berapa banyak caj nak kena bayar? Saya boleh topup di kaunter seperti yang dinyatakan, tetapi jika hanya itu solusi, saya anggap ada hidden charge dikenakan kepada kami pengguna kad ini.

“Saya hargai usaha Touch ‘n Go membantu mengurangkan kesesakan di tol tetapi dengan cara ini, bagaimana kami akan dapat win win situation? Kalau boleh, sistem had tambah nilai itu dihapuskan, jadi kami tidak perlu lagi kena bayar dua kali caj servis dalam satu masa,” ujar Haslina Kamaludin.

Sementara itu, Dean Daud menganggap dakwaan Touch ‘n Go kononnya notis berkenaan tambah nilai kad itu yang akan dikenakan caj enam peratus GST bagi setiap transaksi bermula 1 Januari depan sebagai palsu adalah tidak benar.


“Ini tidak palsu. Kalau Touch ‘n Go dikemudi oleh orang yang lebih bijak anda akan terangkan dengan betul-betul, fakta ini benar. Selepas anda explain, ia membawa maksud caj 6% masih dikenakan pada sesetengah agen yang mengambil bahagian untuk top up.

“Jadi, perkara ini tidak dikira sebagai palsu. Caj 6% tetap dikenakan pada pelanggan. Touch ‘n Go pun dah cakap pusing-pusing serupa menteri semata-mata nak bail out. Palsu? Please bagi definisi palsu,” bidas Dean Daud lagi.

Jumlah sen bernombor ganjil

Sebahagian komentar di Facebook Touch ‘n Go turut menganggap Touch ‘n Go membohongi pengguna dengan ada antara netizen melampirkan resit bukti pembelian tambah nilai sebanyak RM100 tetapi hanya RM99.47 dikreditkan selepas dipotong GST 3 sen dan caj servis 50 sen.

“Saya rasa pihak Touch ‘n Go tipu. Kenapa akhir-akhir ini, baki saya ada jumlah sen yang bernombor ganjil. Mustahil kalau tiada GST baki boleh jadi sen macam 10.47, 10,59. Setahu saya kadar tol paling-paling pun 2.10, 2.50,” ujar Fazreen Zainal sambil turut diakui ramai pengguna lain.

Ini termasuklah Rosnani Othman yang berkata, “Takde GST katanya tapi macam tipu je kan. Kalau caj 50 sen pun takkan baki boleh jadi 7 sen hujung-hujungnya? Auta betul semua ni.”

Unsur eksploitasi pengguna juga dirasakan oleh netizen memandangkan bermula 1 Januari ini hampir semua tol tidak lagi menyediakan lorong tunai untuk membayar tol.

“Perasan tak, sekarang ini bayar dulu baru boleh guna lebuhraya. Penangan Touch ‘n Go,” tegas Djohan Ariff manakala ujar Imah Dhia, “Sebab itu diorang hapuskan lorong tunai. Bila dah pakai kad ni, diorang boleh tibia duit kita dalam diam. Palsu konon. Sudahlah! Puihhh….”

Touch ‘n Go tidak kenakan GST

Walau bagaimanapun, Adam Ahmad memberitahu Touch ‘n Go tidak mengenakan GST sebaliknya caj enam peratus itu dikenakan oleh syarikat yang menyediakan perkhidmatan tambah nilai Touch ‘n Go sahaja.

Selain itu, terdapat juga netizen mencadangkan supaya pengguna yang mahu mengelak dikenakan caj, membuat tambah nilai di Touch ‘n Go Hub, Touch ‘n Go Spot, kaunter tol, Tesco Watsons, KK Super Mart dan Guardian Malaysia.

Menurut Azahar Harfa, tempat-tempat lain seperti sesetengah stesen minyak; ATM dan CDM Ambank, Maybank dan RHB; 7 Eleven; Giant Malaysia serta myNEWS.com sebelum ini memang sudah sedia mengenakan caj perkhidmatan 50 sen ke atas pembelian kad tambah nilai Touch ‘n Go sebelum ditambah 3 sen GST.

“Aku guna TnG (Touch ‘n Go) seminggu lebih RM100. Topup kat tol je. Tak pernah kena GST pun,” ujar Chiko Banh manakala Shafiq Azrul pula berkata, “Dah jelas rasanya ni. Bukan TnG yang kenakan caj, ejen yang caj. Servis ejen itu yang dicaj 6 % = 3 sen.”
Disqus Comments