Kali ini admin nak kongsikan contoh resume yang agak baik. Ianya ringkas iaitu 2 helain/mukasurat sahaja, tapi resume ini begitu padat sehingga memukau seorang Engineer. Ceritanya, seorang pemuda ini telah mengirimkan resume nya kepada sebuah firm untuk memohon jawatan engineer.
Tetapi malangnya firm tersebut tidak membuat pengambilan pekerja baru. So, tuan punya firm ini telah berkongsi resume pemuda ini di facebook miliknya dan ianya telah menjadi viral dengan begitu cepat di media sosial. Fb Engineer yang menggunakan nama Ir Meor Shamshir bukan hanya berkongsi resume tersebut, tetapi telah memuat naik sekali dengan "komen" tentang bagusnya resume itu. Komennya seperti di bawah (admin copy paste daripada fb beliau) :
SOFT SKILLSKejap tadi saya dapat email minta kerja daripada saudara Asyraf. Firma saya tak buat job opening sekarang.Namun, saya suka share di sini resume beliau yang saya anggap menepati ciri-ciri 'mini skirt' resume bagi seseorang fresh graduate.Resume beliau 2 muka surat sahaja. Saya nak baca pun tak mengambil masa yang lama. Line spacing semacam 1.5 atau 2 pt yang memudahkan mata saya menghadam maklumat diri beliau.Gambar beliau yang 'smart' sesuai dengan jawatan jurutera yang dipohonnya. Markah paling tinggi pada senyumannya.Muka surat pertama sarat dengan maklumat akademik dan pengalaman kerja. Maklumat yang amat relevan bagi memikat majikan.Pada 3/4 muka surat kedua pula, disaratkan dengan 'achievement' beliau semasa di universiti. Maklumat ini membantu meningkatkan keyakinan majikan terhadap tahap 'reliabilty' beliau jika diberikan sesuatu tugasan. Maklumat ini memberikan gambaran bahawa beliau boleh bekerja dengan pengawasan yang minima. (Muka surat kedua dalam ruangan komen...sila skrol).Bagi seseorang yang memohon jawatan eksekutif seperti jurutera, maklumat berkenaan skills sebenarnya tidak menjadi fokus utama majikan. Skills akan diajar atau boleh dipelajari semasa bekerja.Kepada saudara Asyraf, saya doakan anda akan mendapat pekerjaan yang terbaik untuk anda. Kepada rakan-rakan yang nak 'try' saudara Asyraf, boleh hubungi beliau terus.Good luck Asyraf!
Di bawah ini admin kongsikan kepada anda resume beliau yang begitu memukau dan telah menjadi viral dan setakat artikel ini ditulis, posting milik Ir Meor Shamshir tersebut telah menerima like sebanyak 10, 398 dan dikongsi lebih 8,900 orang. Fuhh.. banyak tu...
Admin menghubungi saudara Asyraf dan meminta kebenaran untuk berkongsi cerita di blog ini, selain itu admin risik-risik juga kalau dah dapat kerja, beliau kini belum bekerja tetapi telah mendapat 2 3 tempat temuduga setelah resume beliau menjadi viral. Alhamdulillah, rezeki beliau.. Cantik Allah aturkan untuknya :) . Semoga beliau dimurahkan rezeki dan mendapat pekerjaan yang baik. Aminn..
Untuk anda pembaca setia blog admin ini, carikan kelainan idea yang kreatif untuk membuat sesebuah resume agar dapat menarik minat majikan untuk menggaji anda. Sifat atau sikap seseorang boleh dilihat/dinilai pada resume yang dihantarnya, so first impression pada majikan perlulah positif. Berusahalah, berdoalah, yakinlah, rezeki anda ada diluar sana. Amiiin....
Untuk anda pembaca setia blog admin ini, carikan kelainan idea yang kreatif untuk membuat sesebuah resume agar dapat menarik minat majikan untuk menggaji anda. Sifat atau sikap seseorang boleh dilihat/dinilai pada resume yang dihantarnya, so first impression pada majikan perlulah positif. Berusahalah, berdoalah, yakinlah, rezeki anda ada diluar sana. Amiiin....