Monday 17 April 2017

Kenali Siapa Dia 'Tauke' Pemilik Kereta Mewah Adam Rosly?


Kes penahanan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bahagian Ampang Datuk Adam Rosly oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi tajuk utama berita tempatan sejak minggu lalu.

Penahanan Adam, 28, ekoran beliau didakwa memiliki kekayaan luar biasa dan SPRM turut merampas lima buah kenderaan mewah miliknya pelbagai model.

Kenderaan tersebut terdiri daripada jenis Mini Cooper, BMW 5 Series, Mercedes C200, Audi A6 dan Toyota Vellfire.

SPRM dalam oada itu kini sedang mengesan rumah dan tanah milik Adam untuk proses pembekuan susulan rampasan lima kenderaan terbabit.

Blog Captain M mendakwa, penahanan Adam menjadi punca Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin berperang mulut bersama Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang menyarankan Adam untuk mengisytiharkan harta.

Zuraida turut menafikan dakwaan bahawa Adam merupakan pembantu peribadinya seperti laporan media sebelum ini dikatakan menjadi batu loncatan kepada kekayaan luar biasanya itu.

“Jawatan Adam hanya sebagai ketua pemuda PKR Ampang. yang dipilih, bukannya pegawai khas saya.

“Dan beliau bukan kakitangan awam atau ada jawatan dalam Ahli Majlis. Yang nak suruh beliau isytihar (harta) kenapa?” soal Zuraida.

Captain M turut membuat siasatan terhadap kenderaan milik Adam dan mendapati kesemua kenderaan yang sering dipaparkannya di laman sosial sebenarnya milik individu lain.



Adam pernah menayangkan kereta Mercedes Benz CLS 350 di Instagram dengan nombor plat WA185P sebenarnya milik individu bernama Lee Kok Heng berasal dari Perak.

Begitu juga bagi kenderaan BMW Z4, WNT 789, yang juga ditayangkan Adam di Instagram adalah milik Lam Yoke Fong berasal dari Shah Alam.

Sementara semakan terhadap Toyota Vellfire, W171V, yang dirampas SPRM didaftarkan diatas kenderaan Honda Jazz 1.5 milik Mohd Fadhli Mudzaffar dari Batu Caves, Selangor.

Satu-satunya kenderaan milik keluarga Adam adalah Range Rover Evoque, WC171J didaftarkan diatas nama isterinya, Puteri Balqis Omar yang turut mendaftar sebagai pengundi bagi Parlimen Ampang.



Lantaran itu, Captain M menggesa Adam untuk menjelaskan hubungannnya bersama pemilik-pemilik kenderaan tersebut selain mendedahkan nama pemilik kenderaan Mercedes CLA 250, BMW 5 Series, Mini Cooper serta motosikal berkuasa tinggi, KTM Duke 690 yang ditayangkan beliau di Instagram.

Adam ditangkap pada Khamis lalu selepas tampil di Pejabat SPRM untuk memberi keterangan berhubung kekayaan miliknya.



Mahkamah kemudiannya membenarkan Adam direman selama lima hari bermula Jumaat.

Selain memiliki kenderaan mewah, Adam juga dikatakan memiliki tiga buah rumah yang terletak di Ampang, Presint 14 Putrajaya, dan sebuah lagi di Ampang Saujana Elite yang bernilai keseluruhan mencecah RM5 juta.

Penahanan Adam menurut SPRM adalah mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2011.
Disqus Comments