Tuesday 11 April 2017

PAS Akan Saman Akhbar Nanyang Siang Pau

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya tidak boleh berkompromi dalam isu karikatur oleh syarikat akhbar itu dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab.
PAS mengesahkan mereka telah melantik dan mengarahkan agar tindakan undang-undang diambil terhadap sebuah akhbar berbahasa Cina yang didakwa menghina Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya tidak boleh berkompromi dalam isu karikatur oleh syarikat akhbar itu dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab.

“Kami memandang serius langkah akhbar itu yang sengaja menyiarkan karikatur menghina Abdul Hadi dan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di muka B2 akhbar itu pada 8 April 2017 lalu.

“PAS menganggap penyiaran tersebut dalam semua keadaan bertujuan menghina bukan sahaja Abdul Hadi dan Pandikar, malah semua umat Islam dan juga undang-undang Islam,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sebuah akhbar Cina mencetuskan kontroversi apabila menerbitkan karikatur yang memaparkan Abdul Hadi dan Pandikar sebagai monyet.

Dengan tajuk “Akta Monyet”, kartun yang disiarkan memaparkan seekor monyet bersongkok dan dilabelkan sebagai “speaker” manakala seekor lagi memakai serban dan dinamakan sebagai “Hadi Awang” yang bertenggek di pokok “Akta 355”.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga dilaporkan telah memanggil ketua pengarang akhbar berkenaan.

Ketua Setiausaha KDN Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan berkata satu surat tunjuk sebab bertarikh hari ini telah dikeluarkan kepada akhbar harian berbahasa Cina itu mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Beliau berkata penerbit diberi tempoh tiga hari untuk menjawab surat tunjuk sebab.

“Tindakan selanjutnya akan diambil berdasarkan peraturan dan prosedur yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata karikatur tersebut mungkin memudaratkan ketenteraman awam kerana menggalakkan perasaan niat jahat, perseteruan, permusuhan, kebencian dan prasangka buruk terhadap orang atau kaum lain.

“Karikatur tersebut dilihat mungkin memudaratkan ketenteraman awam kerana menggalakkan perasaan niat jahat, perseteruan, permusuhan, kebencian dan prasangka buruk terhadap orang atau kaum lain.

“Selain itu, ia juga secara tidak langsung seolah-olah mempersendakan Parlimen dan agama Islam kerana RUU 355 yang digambarkan dalam karikatur itu adalah berkait dengan hal ehwal agama Islam,” katanya.
Disqus Comments