Tuesday, 6 June 2017

Kerana Mahu Popular di Media Sosial, Ahli Politik BN Susun Barang Bantuan Atas Badan Pesakit

Jika sebelum ini tular barang bantuan yang diberi kepada warga Felda ditarik-balik selepas TV3 selesai menangkap gambar, kini tular pula kritikan terhadap seorang pembantu khas kepada Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad. 



Kritikan itu hadir berikutan tindakan pegawainya, Fazil Talib yang telah meletakkan barang bantuan ke atas badan pesakit dengan tujuan mahu bergambar (dan mungkin juga untuk mewar-warkan hal tersebut).




Ianya mulai jadi perhatian apabila seorang pengguna media sosial memuat-naik beberapa gambar di Twitter. 


Menulis di Twitter beliau, Qusyairi Hashim berkata tidak salah untuk seorang wakil rakyat menghebahkan tindakannya membantu rakyat yang memerlukan tetapi janganlah menyusun barang bantuan seperti pampers dan susu atas badan pesakit. 





Kritikannya itu turut mendapat sokongan netizens yang lain.







Bagaimanapun dalam banyak-banyak respon netizens terdapat satu respon yang menafikan barang bantuan tersebut disusun atas badan pesakit oleh pegawai khas MP berkenaan. 


Respon tersebut turut melampirkan bukti bergambar bagi membuktikan kenyataannya itu. 




"Anak-anak dia yang letak atas tu. Masa bagi barang-barang tu anak dia yang terima. Tak sangka depa letak atas dia dan bergambar," kata Pak Long dalam mesej tersebut.
Disqus Comments