Monday 25 September 2017

Orang miskin kena halau sebab terima bantuan makanan dari pembangkang



RAMAI orang miskin kena halau hanya kerana menerima bantuan makanan dari parti pembangkang. Perkara itu didedahkan oleh seorang wanita, dia hadir bersama dua orang anaknya yang OKU untuk meminta bantuan di pejabat Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin beberapa minggu lalu.

SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

"Ramai yang kena halau daripada rumah ni, sebab ini rumah kerajaan, dia (pengurusan) dah cakap kalau kita ambil bantuan apa, daripada parti lain, rumah, kebajikan akan ditarik balik," dedahnya.



Sebelum ini dakwanya ada seorang YB dari parti roket (DAP) terpaksa menghulurkan bantuan beras secara sembunyi-sembunyi iaitu dengan cara menyuruh penerima mengambil terus bantuan itu di pejabatnya.

Perkara itu terpaksa dilakukan bagi mengelakkan orang miskin penerima bantuan beras itu menjadi mangsa dikenakan tindakan.

"Ada lah YB yang roket tu dia kenal (saya), dia pernah bagi beras tapi dia tak hantar kat rumah, suruh ambil di pejabat. Sebab dia pernah hantar kat flat Kampung Padang, banyak orang yang kena potong bantuan, jadi kasihan,"

"Kita dapat bantuan sikit, kalau kena potong lagi susah," jelasnya.

Wanita itu mendakwa turut menyaksikan seorang wanita yang tinggal di tempatnya sedang terlantar sakit dan susah, juga menjadi mangsa dipotong bantuan. Dia ingin mengadukan perkara itu tapi bimbang dirinya pula menjadi mangsa diambil tindakan.

"Kat situ pun banyak juga, orang susah ada makcik tu, terlantar, bantuan dah kena potong kebajikan pun kena juga, kasihan juga, memang banyak orang susah, tapi kadang kalau kita 'complaint' (mengadu) karang kita juga yang kena..." dakwanya lagi.

Sila ikuti rakaman aduan wanita tersebut di bawah ini. Wajahnya terpaksa dikaburkan bagi mengelakan dia dikenakan tindakan.


Disqus Comments