Wednesday 20 September 2017

Panas! Chua Soi Lek skodeng Shahrizat Jalil



Kalau dah namanya Pelakon video lucah, ke mana saja dia pergi Presiden MCA Chua Soi Lek pasti membawa bersama perangai gila seksnya. Di bawah ini rakaman gambar yang diambil oleh sebuah portal berita yang menunjukkan Chua Soi Lek seolah-olah sedang skodeng dada Shahrizat Jalil di hari penamaan calon BN di DUN Tenang sambil diperhatikan oleh Pak Din. [Sumber: Malaysiakini].

ReJaM bukan nak menuduh sembarangan, tapi akibat peribadi Soi Lek yang sudah teruk tercemar, maka anggapan rakyat tentu sekali mudah berprasangka dengan pelakon video lucah ini.



Sebelum ini Chua Soi Lek berulang kali memainkan isu Agama Islam di Tenang berhubung isu negara Islam dan menyeru pengundi agar jangan mengundi Calon PAS "cikgu Mala" kerana calon itu enggan bersalam dengan lelaki kecuali memakai sarung tangan.

Terbaru beliau sekali lagi menghina Islam dengan mengeluarkan kenyataan "What's so great knowing Islamic values?" (Apa yang baik sangat untuk memahami nilai-nilai Islam?) sebagai menjawab soalan wartawan yang menyifatkan beliau tidak memahami dan sensitif terhadap nilai-nilai Islam
[Sumber: Pria Malaya].

Apa pun Presiden MCA ini akan terus dibela oleh pemimpin-pemimpin BN terutama UMNO walaupun berulang kali menghina Islam. Teruskan membela pelakon video lucah! BN Parti Lucah!

Disqus Comments