Tuesday 26 September 2017

Rakaman pelajar sekolah pukul ibu kandung sebab nak duit



"ANAK derhaka" barangkali itulah gelaran yang sesuai diberikan kepada pelajar sekolah ini, yang dirakam memukul ibu kandungnya sendiri.



Rakaman video tersebut tersebar di Facebook. Sumber media sosial memaklumkan bahawa kejadian dikatakan berlaku pada pukul 9 pagi hari ini, di Flat Taman Bukit Teratai.

Pelajar berkenaan pula dikatakan bernama Syukri dan baru berusia 16 tahun (sekolah tingkatan 4). Ketika kejadian pelajar itu dilihat sedang memakai baju seragam sekolah, di mana seluarnya belum sempat dipakai dengan sempurna.

Punca dia bertindak kurang ajar kepada ibunya sendiri tidak diketahui, tapi berdasarkan perbualan dalam video tersebut, nampak seperti pelajar berkenaan meminta wang dari ibunya.

Dia turut memaki ibunya dengan perkataan "pukimak"

Ketika ibunya memberikan sedikit duit, dia tidak berpuas hati dia minta kesemua duit ibunya, sambil mengugut mahu melebamkan mata ibunya.

Di bawah ini video yang dimaksudkan sila klik untuk menonton.


Disqus Comments