Sebenarnya dalam novel Titian Cinta, dialog yang ditulis oleh Ridhya Iman untuk babak ini, boleh dikatakan elok dan tiada masalah berkenaan fakta perubatan. Drama ini turut dibintangi Zul Ariffin dan Farah Nabilah.
Namun disebabkan tular video berkenaan, Faezah Elai terus membuka cerita sebenar berkenaan drama Titian Cinta…
Cerita Sebenar Di Sebalik Babak ‘Viral’ Titian Cinta
Selalunya aku tak penah nak amik port bila netizens ni suka hentam orang, nama pun netizens. Ni aku nk belanja sikit, a real scene yang sepatutnya keluar disebabkan kesilapan editing, scene yang silap ni yang dimasukkan.
Scene ini di shoot banyak take sebab yang perempuan bertudung tu adalah seorang DOCTOR i repeat DOCTOR bukan PELAKON EXTRA.
Disebabkan directornya nak dapatkan fakta betul, so dia mintak doctor utk berckp dialogue tu.. agak banyak kali shoot sebab dia tersilap dialogue walaupun dia doktor sebab berlakon and real life berbeza ye.
Berpuluh orang kat situ tengah tengok kau yang buat kau boleh lupa dialogue kalau kau seorang yang pemalu. I dont blame her sebab compom la gagap tetiba kena berlakon dengan jul arippin.
Tak kan ampa nak suruh team shooting pi belajaq medic 5 tahun pulak untuk scene yang tak sampai 5 minit.
Tapi apa yang aku cuba explain kat sini bukan lah nak menegak kan benang yang basah, tapi untuk bagitau pada netizens yang suka menghukum tapi apa pun tau.
Jangan pakai nak buh salahkan director or scriptwriter saja sebab shooting drama ni involve banyak department.. and scene ni di shoot di hospital so berlambak doktor yang ada.
Jangan lah nak compare konon drama Melayu ni tak buat research macam Korea la hongkong lah. Hang nak aku mention how ridiculous fakta drama diorang?
Cerita ni bukan pasai cerita medic. Pointnya nak gitau si pompuan tu tak leh preggy.. tu ja!
Takdak sapa aihh nak konon pecaya script drama bulat-bulat. Lain lah kalau fakta tentang agama yang tu memang isu sensetif.
Kalau Hollywood dok suap hampa ngan cerita tak masuk akai. Kena tembak kat dada boleh bangun lagi siap lari 5km.
Tak dak pulak mana-mana doktor cakap, kalau dah kena tembak part2 tertentu dah tak boleh gerak.. ni silap dialogue terus hentam.
Anyway like i said bukan nak cakap benda ni betul, but people make mistake.. rasa nya mistake ni pun tak lah memudaratkan sesiapa.
VIDEO SEBENAR:
Posted by Kamarul Ariffin Nor Sadan on Donnerstag, 5. Oktober 2017
ARTIKEL BERKAITAN: Akibat tidak buat kajian .. pendedahan doctor nih mungkin akan buat artis Malaysia malu …
Doktor sekarang pun dah layan drama Zul Ariffin, pendedahan doktor ini harap dapat membuka minda artis2 di Malaysia supaya lebih teliti dalam mengkaji script2 yang telah di beri , buat kajian , rujukan .. bukan main hafal script jerk . Nanti bila nitizen cakap kayu , mula lar keluar Viral ..” Zul Arifin terkilan Nitizen menuduh dia Kayu” ehehhehe …
Jom layan tulisan dan kupasan dari Doctor nih:
Siapa yang tulis skrip ni? Melalut sangat skripnya. Jangan kata Zul Ariffin, doktor pun tak faham apa doktor(pelakon) ni cakap. Kalau kau tak faham betapa tak masuk akalnya apa yang doktor tu cakap, meh aku beri pencerahan.
“…beberapa siri pembedahan pelvic dan juga ovary surgical removal. “
ℹ Pelvic = pinggul
ℹ Ovary surgical removal = pembedahan buang ovari(organ penghasilan telur).
“Jadi, daripada pembedahan itu dia mengalami keretakan tulang dan pendarahan dalaman yang sangat serius.”
ℹ Aku tak pasti pembedahan apa dia buat sampai retak tulang. Dia bedah guna backhoe ke apa? Tulang pelvis adalah tulang yang sangat kukuh. Jarang ia patah kecuali kemalangan jalanraya teruk, dihempap batu, atau jatuh lebih tinggi 1 tingkat.
“Jadi, kami terpaksa buang rahim kiri dia.”
ℹ Rahim manusia ada satu. Celah mana datang belah kiri? Ovari yang ada dua. Kanan dan kiri.
“Kami cadangkan kita lakukan pembedahan laparoscopic, iaitu pembedahan untuk memotong abnominal condition yang terbentuk, cuma…”
ℹ Definisi salah. Pembedahan laparoskopik sebenarnya bermaksud pembedahan menggunakan skop kamera dan peralatan yang dimasukkan ke kaviti badan melalui lubang kecil yang ditebuk oleh doktor bedah. Jadi tak perlu belah besar-besar.
ℹ Tadi dia kata, komplikasi yang dihadapi adalah keretakan tulang dan pendarahan, tapi dia nak potong abnominal yang terbentuk pula. Mana datang pula abnominal tu?
ℹ Abnominal tu aku pun tak tahu apa maksudnya. Mungkin dia nak sebut abdominal atau abnormal kot.
ℹ Abdominal = sesuatu berkenaan abdomen(perut).
ℹ Abnormal = tidak normal.
ℹ Ayat ni tak masuk akal langsung. Memang caca marba.
“cuma, keadaan ini akan menjejaskan peluang isteri encik untuk hamil.”
ℹ Tadi doktor dah kata dah buang ovari, dah buang rahim. Maka, bukan sahaja menjejaskan, malah isteri lelaki tu ada peluang hamil. Bayi nak membesar dalam apa jika tiada rahim.
Selalunya, aku jarang nak ulas hal-hal skrip drama ni. Jika silap sedikit, boleh tutup mata. Namun, skrip yang ini, tak ada sepotong ayat pun yang logik dan masuk akal. Teruk sangat.
Mohon penulis skrip, pengarah dan produser drama untuk semak skrip dengan doktor dahulu sebelum buat penggambaran.
Tak susah.
PM je FB Medical Mythbusters Malaysia atau Medtweetmy. Kami akan beri khidmat nasihat agar drama anda tepat dari segi amalam perubatan.
info: Fb : Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
-Medical Mythbusters Malaysia
-Medtweetmy