RAKAMAN video ini pasti tidak akan disiarkan di media arus Perdana kawalan Barisan Nasional (BN) seperti TV3, TV1 TV2 dan lain-lain kerana ia jelas sekali bukti ada pihak tertentu yang cuba mensabotaj dan memburukkan nama MB Selangor melalui perobohan rumah bekas AJK Masjid di Subang kelmarin.
Difahamkan sekitar 30 minit sebelum tindakan meroboh dilakukan, Datuk Azmin Ali, MB Selangor sendiri telah mengarahkan tindakan itu dihentikan dengan serta-merta.
YB Syed Azman menggunakan "loud speaker" pada telefon bimbit di tangannya telah menghubungi MB Selangor sendiri dan segera mencari pegawai yang bertugas mengarahkan penguatkuasa merobohkan rumah terbabit, namun pegawai bernama Rashidi bin Roslan itu cepat-cepat melarikan diri.
Lelaki celaka itu menghilangkan diri, dalam masa yang sama tetap terus menggunakan kuasanya untuk mengarahkan anggota penguatkuasa merobohkan rumah berkenaan sekaligus engkar arahan menteri besar Selangor.
Lihat video di bawah, sebaik sahaja Syed Azman datang kepada pegawai berkenaan memberitahu bahawa MB Selangor sudah mengarahkan untuk tindakan itu segera dihentikan, dia langsung tidak peduli sebaliknya terus melarikan diri.
Menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi, pelbagai cara digunakan untuk memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Harapan negeri Selangor bagi menanam persepsi buruk di dalam minda rakyat.