Wednesday, 4 October 2017

Penyokong Jamal Jamban dakwa Yusuf Azmi "gila glamer"



TIDAK dapat dipastikan apakah puncanya, barangkali kerana populariti Yusuf Azmi dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang naik mendadak kerana memperjuangkan isu-isu rakyat tertindas, beliau mendapat jolokan "gila glamer" dari salah seorang penyokong kuat Jamal Jamban.

Dalam satu tulisan di laman sosial Facebook, Rafi Awg Kecik, yang dipercayai seorang penyokong kuat Jamal Jamban, mengheret nama Yusuf Azmi sebagai "gila glamer" ketika mengulas isu berkaitan Syed Saddiq, Ketua Armada PPBM dan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

"Kita juga cabar SPRM, Jangan duk sibuk tentang penubuhan JITN sila bertindak kerana pendedahan Mamat Palladium ini membabitkan soal rasuah, Ketua Pesuruhjaya (SPRM) jangan dok sibuk cari glamer keluar masuk TV dan akhbar saja, bagi kat Yusuf Azmi je jenis gila glamer ni..." tulisnya.



Tulisan itu nampaknya turut dikongsikan semula oleh Jamal Yunos sendiri di akaun facebook miliknya.

Dapat kita lihat saudara Yusuf Azmi kebelakangan ini menjadi bualan hangat di media sosial sekaligus menenggelamkan "watak pelawak" Jamal Jamban yang sebelum ini sering menghiasi laporan media-media tempatan kerana tampil dengan pelbagai isu-isu dan gimik bodoh.

Perkara itu nampaknya seperti tidak disenangi oleh penyokong-penyokong Jamal Jamban.

Sebelum ini penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza juga pernah dimaki hamun oleh penyokong-penyokong Jamal Jamban.

Rujuk link ini — Siti Nurhaliza kena maki dengan penyokong Jamal Jamban

Rafi Awg Kecik ini pula pernah juga kecoh namanya tahun lalu apabila satu rakaman video dia memaksa seorang warga emas penyokong Bersih memakai baju merah tersebar di media sosial.

Rujuk link ini — Warga emas penyokong Bersih dipaksa pakai baju merah

Kepada saudara Yusuf Azmi, teruskan perjuangan anda, membela rakyat dengan cara anda sendiri, abaikan-nyamuk haters ini. Hater gonna hates!
Disqus Comments