IPOH 20 Nov. - Barisan Nasional (BN) Perak dan tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap Pengerusi DAP negeri,
Ahli Jawatankuasa Pemuda BN Perak, Mohd. Fauzi Mohaidin berkata, tindakan Kor Ming itu amat biadab kerana menggelar Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dengan perkataan yang tidak sepatutnya berhubung isu Anugerah BrandLaureate yang diterima Zambry baru-baru ini.
Menurutnya, gelaran yang diberikan Kor Ming itu merupakan penghinaan terhadap pemimpin dan orang Melayu. "Pemuda BN mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap Kor Ming kerana perbuatannya yang biadab termasuk penggunakan Akta Hasutan.
"Kita khuatir budaya menghina pemimpin ini akan menjadi virus kepada pembangkang," katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam, di sini hari ini.
Antara NGO yang turut membuat laporan polis hari ini termasuk Parlimen Belia Malaysia, Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC), Nadi Rakyat Malaysia negeri Perak, Majlis Belia Daerah Kinta, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Pemuda UMNO negeri.
credit - UTUSAN ONLINE