Friday 21 April 2017

Najib fail saman fitnah terhadap Tony Pua


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berhubung rakaman 'Live Video'  berhubung pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU355).

Najib, selaku plaintif memfailkan saman itu melalui firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak menamakan Tony Pua atau nama sebenarnya Tony Pua Kiam Wee sebagai defendan.

Melalui pernyataan tuntutannya, Tony pada 6 April lalu, telah memuat naik rakaman Live Video (video langsung) berdurasi dua minit 21 saat di Parlimen.


Plaintif menyatakan,  video bertajuk BN Govt. Abandons All Bills To Give Precedence To Pas RUU355 Private Member’s Bill di akaun Facebook beliau pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat pada  6 April lalu mengandungi perkataan yang merujuk secara spesifik kepada beliau.

Plaintif mendakwa laman facebook rasmi defendan boleh diakses secara meluas di seluruh dunia dan ditonton sebanyak 84,788 kali sehingga 20 April 2017.

Plaintif mendakwa, perkataan-perkataan fitnah tesebut memfitnahnya secara slander di bawah Seksyen 5 Akta Fitnah 1957 terhadap jawatan yang dipegang plaintif iaitu sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia.

Dakwa beliau, perkataan fitnah tersebut membawa maksud plaintif menyalahguna kuasa dengan memberi arahan melalui kabinet kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat agar mengusulkan Rang Undang-undang Persendirian dan mengetepikan Rang Undang-undang lain.
Disqus Comments