Thursday, 15 December 2016
Jamal Jamban Lari Menyorok Dalam Rumah Takut Terima Surat Saman
KETUA Samseng Baju Merah, Datuk Jamal Yunos (panggil Jamal Jamban) dikatakan menyorok di dalam rumah dan tak mahu keluar ketika peguam datang ke rumahnya di Ampang untuk menyerahkan surat saman.
Pekerja Jamal dikatakan sebelum itu telah memberitahu bahawa majikannya ada di dalam rumah, tapi kenapa dia menyorok tak mahu keluar?
Barangkali Jamal sengaja tak nak terima surat saman tersebut, supaya boleh dijadikan alasan konon dia tak tahu ada tindakan undang-undang yang dikenakan terhadapnya.
Difahamkan surat saman tersebut diserahkan oleh Latheefah koya, peguam Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin berikutan Jamal sebelum ini memfitnah kononnya Zuraidah terlibat memukul hidungnya sampai berdarah.
Namun rakaman video menunjukkan sebenarnya, pihak Polis telah tersenggol hidung Jamal ketika dia tiba-tiba meracau-racau bagai orang gila.
BACA — Hidung Jamal berdarah terkena tangan Polis ketika meronta
Zuraidah sudah memberi satu tempoh masa kepada Jamal untuk meminta maaf terhadap fitnah bodoh yang dilontarkan olehnya, namun Jamal dengan bongkak membuat sidang media tidak mahu memohon maaf.
Oleh itu satu tuntutan undang-undang telah dibuat, namun Jamal yang kelihatan begitu bongkak sebelum ini, nampaknya kecut perut, nak ambil surat saman pun tak berani.
"Woi kata kebal ada silat! Kahkahkah..."
Share this
Recommended
Disqus Comments