Monday 9 January 2017

Australia Akan Siasat Kemungkinan Hasil Curian 1MDB Disembunyikan Di Negara Itu



Polis Australia akan menyiasat jika terdapat kemungkinan 1 bilion US dolar hasil curian skandal kewangan 1MDB disembunyikan di Australia melalui akaun peribadi Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak.

Pihak berkuasa Australia sedang bekerjasama dengan sekurang-kurangnya satu daripada tiga pihak berkuasa yang diketahui iaitu dari Switzerland, Amerika Syarikat dan Singapura yang menyiasat pergerakan 3.5 bilion US dolar yang didakwa diseleweng dari tabung 1mDB.


Langkah ini akan meningkatkan tekanan kepada Najib, yang walaupun mengukuhkan kuasanya di peringkat domestik tetapi beralih kepada China untuk mendapatkan sokongan antarabangsa, apabila Amerika Syarikat mendedahkan hasil siasatan mereka sebagai sebahagian daripada program Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi yang dijalankan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

Jurucakap polis Australia memberi kenyataan bahawa pasukan tersebut akan membuat penilaian sama ada terdapat warganegara Australia, pemegang kerakyatan sementara (PR) atau syarikat yang melanggar akta pendapatan daripada jenayah.

“Pihak AFP (Jabatan Polis Australia) sedang membantu rakan penguatkuasa undang-undang dari negara asing dalam penyiasatan mereka berhubung perkara ini,” beliau dipetik sebagai berkata.

Aset berjumlah kira-kira 1.3 bilion US dolar telah dibekukan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, termasuk aset dan pendapatan daripada filem Hollywood bertajuk Wolf of Wall Street, lukisan termasuk lukisan Van Gogh dan hartanah mewah di New York, Los Angeles dan London.

Kebanyakan aset yang dibekukan oleh Amerika Syarikat adalah aset yang berkaitan dengan orang kanan Najib di 1MDB, Jho Low, yang didakwa menjadi dalang kepada penyelewengan ini.
Disqus Comments