Wednesday 4 January 2017

Lagi Ketua Setiausaha Kementerian Di Tahan SPRM Kerana Rasuah


SHAH ALAM - Seorang Ketua Setiausaha sebuah kementerian bergelar ‘Datuk’ ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan rasuah, lapor sebuah akhbar.

Difahamkan, penahanan ke atas Ketua Setiausaha sebuah kementerian Persekutuan itu dilakukan oleh sepasukan pegawai SPRM  kira-kira jam 8 pagi tadi.

Suspek berusia 59 tahun itu ditahan di rumahnya di Petaling Jaya.

Beliau disyaki menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya sejak 2010 untuk meminta rasuah.

Siasatan awal mendapati suspek mempunyai kebebasan dalam menentukan dan melantik kontraktor, pembekal dan vendor yang mempunyai kepentingan tertentu.
Disqus Comments