Tuesday 17 January 2017

Lagi Pembongkaran Rafizi Mengenai FGV

SIDANG MEDIA : 17 JANUARI 2017

FELDA JUAL SAHAM DALAM MAYBANK UNTUK BELI SYARIKAT MILIK SAHABAT BAIK DATO’ SERI NAJIB, RM1 BILION DARI TABUNG HAJI, KWAP

Saya mengikuti reaksi dari Tan Sri Shahrir Samad mengenai isu-isu yang saya timbulkan setakat ini. Beliau terus mengelak dengan memperlekehkan angka-angka yang saya kemukakan sedangkan angka-angka itu datang dari laporan rasmi. Beliau juga menuduh bahawa penyahsenaraian FGV dari bursa saham adalah spekulasi yang saya timbulkan, sedangkan beliau yang pandai-pandai mengemukakan empat tumpuan beliau sebagai Pengerusi Felda yang disiarkan di muka depan Berita Harian. Salah satu dari tumpuan itu adalah penyahsenaraian Felda.

Kalau itu beliau sifatkan spekulasi dan enggan mengulas mengenai kerugian RM7.8 bilion yang akan ditanggung rakyat akibat penyenaraian dan kemudiannya dinyahsenaraikan, beliau tidak boleh mengelak mengenai dua tindakan Felda yang dilaporkan menjual harta serta akan mengambil wang dari Tabung Haji dan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) semata-mata ingin meneruskan pembelian saham-saham di dalam Eagle High Plantations milik sahabat baik Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Saya sertakan laporan dari Wall Street Journal semalam mengenai tindakan Felda mahu menjual sebahagian sahamnya di dalam Maybank untuk mengumpul sejumlah sekitar RM284 juta (bersamaan USD63.1 juta) seperti yang dilaporkan di bawah:

"KUALA LUMPUR, Malaysia--A Malaysian government agency, Federal Land Development Authority, or Felda, is seeking to raise up to $63.1 million by selling part of its stake in Malayan Banking Bhd. (1155.KU), or Maybank, according to a term sheet seen by The Wall Street Journal on Monday."

"Maybank is the country's largest bank by assets."

"The share sale comes more than three weeks after Felda said it had agreed to acquire a 37% stake in Indonesian palm oil company Eagle High Plantations Tbk PT (BWPT.JK) for $505.4 million. Critics, including Malaysian lawmakers and Nazir Razak--chairman of Malaysia's second-largest bank by assets, CIMB Group Holdings Bhd (1023.KU), and the youngest brother of Malaysian Prime Minister Najib Razak--have said the deal for the Eagle High stake is overpriced."

"Felda is offering the Maybank shares in a price range of 8.00 ringgit-MYR8.05 ($1.79-$1.80), according to the term sheet. Maybank shares Monday ended 3.3% lower at MYR8.05, their lowest level since Jan. 4. The stock was biggest decliner in the FTSE Bursa Malaysia KLCI, which closed the day down 0.82%, its lowest since Jan. 6."

"Felda--which controls Felda Global Ventures Holdings Bhd. (5222.KU), the world's third-largest palm oil plantation operator--is currently Maybank's fourth-largest shareholder, holding a 1.82% stake, or 185.15 million shares. Felda's sale represents 0.34% of Maybank's issued shares."

"Officials at Maybank and Felda weren't immediately available to comment."

"CIMB Investment Bank is the sole book-runner of the deal, according to the term sheet."

Malah, Felda juga menawarkan untuk menjual saham-saham di dalam Maybank itu pada harga 5 sen yang lebih murah dari harga pasaran terkini. Mengikut laporan di atas, Felda menawarkan untuk menjual sahamnya pada julat RM8 hingga RM8.05 berbanding harga pasaran terkini RM8.05.

Penjualan pada harga RM8 sesaham itu bermakna Felda akan menjual sebanyak 35.5 juta sahamnya di dalam Maybank, iaitu hampir 20% dari pegangan sedia ada.

Tidak cukup dengan itu, Felda juga dilaporkan agensi berita antarabangsa sedang mengatur untuk menerbitkan sejumlah RM1 bilion hutang yang akan dijamin oleh kerajaan supaya hutang itu dapat dibeli oleh Tabung Haji dan KWAP; seperti yang dilaporkan Dow Jones di bawah:

"Felda is planning to raise about 1 billion ringgit via an Islamic bond to partly fund part of the 37% stake in Eagle High Plantations, according to two financial sources familiar with the matter. The sukuk is expected to be guaranteed by the government, which will allow it to be subscribed by some of the country's top funds including state pension and pilgrimage funds, the sources said. Felda is expected to finance the balance through bank borrowings, added the sources. (From Dow Jones Newswire)"

Kedua-dua berita ini dilaporkan oleh Wall Street Journal dan Dow Jones, dua agensi berita perniagaan terkemuka di dunia. Ini bukan spekulasi dan jika ini tidak benar, saya minta supaya Tan Sri Shahrir Samad menyaman saya, Wall Street Journal dan Dow Jones secepat mungkin.

Saya menuntut supaya Felda menghentikan serta merta penjualan sahamnya di dalam Maybank semata-mata kerana ingin membiayai pembelian saham di dalam syarikat milik sahabat Dato’ Seri Najib yang diketahui berkali ganda lebih mahal dari harga pasaran.

Saya juga menuntut supaya Pengerusi Tabung Haji, ketua-ketua pegawai eksekutif Tabung Haji dan KWAP membuat kenyataan segera menjelaskan pendirian Tabung Haji dan KWAP sama ada akan membeli sebahagian hutang RM1 bilion yang akan diterbitkan oleh Felda bagi tujuan pembelian saham syarikat milik sahabat Dato’ Seri Najib itu.

Saya akan umumkan tindakan susulan saya sebaik saya mendapat maklumbalas dari Tan Sri Shahrir Samad mengenai penjualan saham Maybank dan maklumbalas dari Dato’ Seri Azeez Abdul Rahim serta pengurusan Tabung Haji dan KWAP mengenai perkara ini.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN
Disqus Comments