Tanah Rizab Melayu tinggal 12% – Pengabaian tanggungjawab perlembagaan oleh kerajaan
Penyusutan jumlah tanah rizab Melayu kepada 12% adalah kesan pengabaian yang serius terhadap tanggungjawab perlembagaan yang sepatutnya dilaksanakan oleh kerajaan negeri.
Selain itu, ia menunjukkan kerajaan negeri telah ‘lalai dalam tempoh yang panjang’ sehingga menyebabkan ia berlaku.
Penyusutan ini juga memperlihatkan suasana ketertipuan yang dihadapi oleh rakyat yang selama ini mengharapkan kerajaan menjalankan amanah, namun sebaliknya berlaku.
Demikian pendirian Presiden ISMA Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman dalam video terbaru laporan khas berkenaan isu tanah rizab Melayu yang semakin berkurangan.
BACA: Hanya 20 peratus tanah di semenanjung dimiliki oleh Melayu
Menurut kajian yang dijalankan oleh Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Hartanah, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak, Dr Mohd Hasrol Haffiz Aliasak, pada tahun 2009, tanah rizab Melayu kini berjumlah hanya 1,578,263.91 hektar bersamaan 11.99% sahaja.
Tambahnya, dalam Laporan Ketua Audit Negara pada tahun 2013, terdapat tiga dapatan audit yang tidak memuaskan berkenaan TRM.
“Yang pertama sekali di Pahang, isunya telah panas di mana berlaku kes TRM yang dibatalkan status yang diambil tetapi tidak diganti dengan serta merta. Yang kedua ialah Selangor, isu yang sama seperti Pahang, yang ketiga ialah Terengganu,” kata Dr Hasrol yang ditemui oleh wartawan dalam video tersebut.
Kekhuatiran penyusutan TRM
Sehubungan itu, Ustaz Abdullah berkata sekiranya tiada tindakan serius daripada kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah ini, kerajaan perlu dihukum pada pilihan raya umum akan datang.
“Jika tidak ada tindakan serius daripada kerajaan negeri maka dalam PRU14 sepatutnya rakyat membuat keputusan sama ada menyokong atau tidak,” katanya.
Mantan Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain Nik Yusof yang turut ditemubual untuk penerbitan video itu berkata, Majlis Tanah Negara perlu tegas memberi arahan kepada mana-mana menteri besar dan ketua menteri agar tanah rizab yang diambil diganti semula dengan segera.
“Kalau tak nak ganti juga (tanah rizab), ganti menteri besar itu, lantik menteri besar yang dengar perintah, yang dengar arahan,” katanya.
Sementara itu, orang awam yang ditemui turut mendesak pihak kerajaan memberi perhatian agar masa depan orang Melayu terpelihara.
Video laporan khas yang panjangnya 13 minit itu bertajuk ‘Tanah Rizab Melayu tinggal 12%, siapa yang bertanggungjawab’ dan ia diterajui wartawan Mohd Firdaus Salleh Hudin.
Penerbit Eksekutif Dr Kamil Azmi Tohiran berkata, sempena Perhimpunan Agung UMNO yang bermula esok, ISMA mahu parti yang menjadi kerajaan ketika ini sedar akan kesilapan yang telah mereka lakukan dan bersegera mencari jalan penyelesaian
Home
Berita
Foto
Info Ilmiah
Isu Semasa
Parah
Pelik
Peringatan
Politik
semasa
Status
Tips
Tanah rizab Melayu Hanya Tinggal 12%
Tuesday, 17 January 2017
Disqus Comments