Monday 20 February 2017

Najib arah ambil tindakan tegas kepada peniaga Menaikkan Harga



Ini satu cara bagaimana kita boleh bantu mengurangkan harga kepada pengguna dan rakyat,

KUALA LUMPUR :Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan

Kepenggunaan (KPDNKK) supaya lebih tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati.
Perdana Menteri berkata ia bagi memastikan peniaga lebih beretika dalam menjalankan aktiviti perniagaan, sekali gus membantu rakyat.

“Saya dah arahkan kementerian untuk gunakan akta sedia ada yang mana kuasa dan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana peniaga yang umumkan bayaran atau caj yang terlalu tinggi, (semata-mata) untuk mendapat untung lebih.

“Ini satu cara bagaimana kita boleh bantu mengurangkan harga kepada pengguna dan rakyat, (akibat) peniaga tidak beretika yang cuba mencari kesempatan dalam masa sekarang,” katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Malam Bersama Perdana Menteri anjuran Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) di sini malam tadi.

Beliau turut menggesa pengguna supaya lebih proaktif dengan terus melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka mengesan peniaga yang sengaja menaikkan harga barangan.
Disqus Comments