Sunday 26 February 2017

Timb. MB Kelantan Terlibat Program Skim Menipu Orang Ramai?


'Pulangkan duit kami'

Sebahagian daripada 300 pelabur yang hadir di pejabat sebuah syarikat yang membekal barang runcit di Tunjong. FOTO Fathil Asri



Kota Bharu: Lebih 300 individu yang kerugian kira-kira RM500,000 selepas menyertai skim pelaburan barangan runcit ala pemasaran bertingkat (MLM) anjuran sebuah syarikat di Tunjong, di sini, meminta wang mereka dipulangkan.

Mangsa, Abdullah Mohamad, 62, yang kerugian lebih RM10,000 berkata, dia tertarik menyertai skim yang ditawarkan syarikat itu pada Januari lalu kerana dijanjikan pendapatan bulanan sebanyak RM800.


"Disebabkan saya tidak bekerja, saya mengambil keputusan membuat pelaburan dengan syarikat itu.

"Pihak syarikat menawarkan kerja membungkus makanan ringan hanya dari rumah dan memperoleh pendapatan RM800. Namun, selepas melabur saya tidak mendapat makanan ringan berkenaan.

"Saya beberapa kali ke syarikat itu untuk mengetahui perkembangan sebelum menyedari ditipu apabila wang yang dilabur lesap bersama pemilik syarikat," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud mengesahkan menerima lebih 23 laporan polis berhubung kegiatan yang dilakukan lelaki berusia 40-an itu.

"Polis sedang mengesan lelaki itu untuk siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana memperdaya orang ramai," katanya.




Disqus Comments