Saturday 8 April 2017

Dato Siti Nurhaliza Beri Sokongan Kepada Tun Mahathir


Pelaksanaa cukai GST yang dikuatkuasakan pada awal april lalu bukan sahaja memberi kesan kepada rakyat malahan artis juga tidak terkecuali dari dikenakan cukai tersebut. Gara-gara GST, pelakon dan pengacara popular Rozita Che Wan turut memberi pandangannya sendiri mengenai cukai GST dan menyokong apa yang diperjuangkan oleh Tun Mahathir Mohamad


Nampaknya ramai yang memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada bekas perdana menteri kita Tun Dr Mahathir Mohamad. Bukan sahaja mendapat sokongan rakyat, Tun Mahathir juga mendapat sokongan daripada artis seperti Rozita Che Wan dan terbaru Dato Siti Nurhaliza juga turut sama menyatakan sekongan yang sama kepada Tun Mahathir.

Menerusi instagram, Siti Nurhaliza telah memuat turun Kapsyen tanda sokongannya kepada Tun Mahathir.

Love u Tun & sentiasa bersama Tun..Sejarah kepimpinan Tun mengharungi pelbagai cabaran &dugaan membangunkan Malaysia hingga terkenal di mata Dunia patut kita hargai serta contohi..Tiada yang Muda Kalau tidak kerana Orang Tua .. #sayaanakMalaysia #sebak
instagram siti nurhaliza



Walaupun Tun Mahathir merasakan dirinya berkeseorangan namun, sebagai rakyat penulis juga menyatakan sokongan sama kepada Tun Mahathir bahawa dirinya tidak berkeseorangan. Rakyat sekarang sudah bijak menilai sesuatu perkara terutamanya isu yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir. Apa komen anda mengenai isu ini?
Disqus Comments