Wednesday 19 April 2017

Kerajaan dapat Kutip Cukai di Atas kenaikan Harga Minyak Hari Ini

'Kalau minyak naik esok (20 April 2017), kerajaan kenakan cukai' - Rafizi


KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Rafizi mendakwa harga minyak petrol sepatutnya tiada kenaikan dan kekal pada harga RM2.24 (RON95), RM2.52 (RON97) dan RM2.16 (diesel) esok.

Menurutnya, beliau mengeluarkan kenyataan tersebut berdasarkan laporan dan data yang diperolehinya.

"Melalui data dan laporan ini, apabila diambil kira harga minyak mentah dunia, yang telah ditapis, kadar tukaran wang mata asing dan lain-lain, kita boleh kira berapa harga RON yang sepatutnya.

"Oleh itu, sepatutnya harga minyak kekal pada harga sekarang, kalau naik maknanya kerajaan mengutip cukai yang kita tidak tahu," katanya dalam satu sidang media di laman Facebook miliknya, hari ini.


Minggu lalu, harga minyak petrol RON97, RON95 dan diesel akan naik lagi bermula tengah malam iaitu kenaikan sebanyak 8 sen untuk RON95 dan diesel, manakala  RON97 naik 9 sen seliter.

Tambah Rafizi lagi, beliau mendakwa bahawa keuntungan sebanyak 1.16 bilion hasil daripada kenaikan harga minyak ini.

"Oleh itu, saya desak agar PM bentang jumlah pendapatan luar jangka hasil kenaikan harga minyak ini supaya wang ini tidak dibazirkan ke arah yang tidak berfaedah.

"Tambahan lagi, tahun ini PRU. Sepatutnya, wang ini dikembalikan  kepada rakyat dalam bentuk dana pendidikan atau kesihatan yang telah dikurangkan dananya.

"Najib tidak seharusnya berterusan mendiamkan diri sedangkan harga minyak kekal tinggi dan membebankan rakyat," katanya lagi.
Disqus Comments