Tuesday 4 April 2017

Pegawai Najib Razak Saran Wujudkan Subjek Kemahiran Media Sosial Di Sekolah


Pakar tolak wujudkan subjek kemahiran media sosial

Bekas penasihat pendidikan kebangsaan berpendapat ia boleh diselitkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil atau Bahasa Mandarin

PETALING JAYA: Bekas penasihat pendidikan kebangsaan hari ini menolak cadangan mewujudkan mata pelajaran kemahiran media sosial.

Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, kurikulum serta sukatan mata pelajaran di sekolah kini sudah sarat dan padat.

“Kementerian Pendidikan sudah tidak ada ruang untuk mewujudkan mata pelajaran baru,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas cadangan Pegawai Khas Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor baru-baru ini menyarankan kementerian pendidikan mewujudkan mata pelajaran kemahiran media sosial di sekolah sejajar dengan perkembangan pesat teknologi maklumat.

Katanya, sudah sampai masanya kerajaan memikirkan sukatan atau mata pelajaran khusus mengenai kemahiran media sosial kerana ia semakin penting.

Kok Seong, yang merupakan felo utama Institut Kajian Etnik (Kita) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), memahami kepentingan mendidik penggunaan media sosial tetapi untuk menolak cadangan menjadikannya subjek pembelajaran.

Sebaliknya beliau menyokong sekiranya kemahiran itu diselitkan dalam mata pelajaran sedia ada.
“Kemahiran itu boleh diselitkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil atau Bahasa Cina,” katanya.
Disqus Comments