Thursday, 20 April 2017

Saya Kutip Sampah, Bawa Lori, Dekati Rakyat, Pembangkang Hanya Tahu Kutuk Sahaja - MB Perak.

Bercakap kepada pemberita, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir mempersoalkan tindakan pembangkang yang gemar memperlekehkan usaha beliau yang kerap turun padang bagi meninjau kehidupan rakyat di Perak.

Zambry Kutip Sampah
Zambry Kadir - Menteri Besar Perak
Memetik laporan Agenda Daily, Zambry berkata pendekatan turun padang memberi kesan positif kepada kepada rakyat dan kerajaan negeri dalam langkah mendekati masalah rakyat.  

Di Perak program turun padang telah dibuat sejak dulu lagi dan kita turun ke bawah melihat permasalahan rakyat jadi janganlah hanya lihat daripada konteks politik sahaja.
Saya turun padang kutip sampah di Ipoh tapi kenapa pembangkang tidak ingin turun sama?
Jika dia bertanggungjawab sebagai wakil rakyat dia kena bersama-sama saya turun padang atau mungkin dia tidak kutip sampah kerana jijik. Bagaimanapun, apabila dia menghentam dan mengkritik usaha kami, tidak pula dia rasa jijik dengan perangai sendiri”, katanya.

Zambry turut mengkritik tindakan pembangkang yang gemar memperlekehkan program kerajaan negeri sebagai meraih publisiti murahan.
Mereka tidak pernah rasa selesa dengan pendekatan yang kerajaan ambil biarpun ia berkaitan kepentingan dan keperluan rakyat. Apatah lagi program permukiman dan Menteri Besar turun ke bawah ia juga dianggap satu publisiti murahan”, katanya lagi.

Selain dari mengutip sampah, Menteri Besar Perak itu juga pernah memandu lori sampah ketika memperkenalkan konsep 'kerjasama'. Konsep itu adalah sebahagian dari langkah kerajaan negeri bagi mendekati masalah rakyat.

Zambry juga menafikan program turun padang yang dilakukan beliau merupakan gimik politik dan lakonan murahan.
Menerusi program turun padang rakyat tidak memandang serong usaha tersebut malah kami semua tidak berlakon kerana ia budaya kerja yang diamalkan selama ini.
Tidak seperti pembangkang jika pilihan raya sudah hampir baru mereka mula turun memberi ceramah dengan mengutuk dan memaki hamun kerajaan sahaja”, katanya.
Disqus Comments