Wednesday 19 April 2017

Tun Siti Hasmah Tidak Wajib Memakai Tudung, Berdosa Sesiapa yang Mempersoalkannya – Ustaz Harun PAN


KUALA LUMPUR: Isteri Tun Dr. Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah Ali, sudah jatuh hukum tidak wajib memakai tudung kerana secara teknikalnya beliau sudah tidak lagi mempunyai rambut. Ini kerana yang kita lihat itu adalah rambut palsu dan rambu palsu bukanlah sebahagian dari aurat dalam Islam, menurut seorang pakar ilmu agama dari parti Amanah, Ustaz Harun.

Lagipun, ramai di kalangan alim ulama Islam bersetuju bahawa, hukum wajib memakai tudung di kalangan wanita Islam, tidak terpakai kepada orang-orang tua kerana tidak menyebabkan nafsu sesiapa terangsang.

Hukum wajib menutup aurat ini adalah bertujuan untuk mengelakkan golongan wanita menjadi mangsa seksual kaum lelaki sedangkan dalam kes Tun Hasmah, beliau sudah pun berusia 92 tahun dan tidak lagi mampu menarik perhatian mana-mana lelaki untuk sehingga jatuh hukum syarat memakai tudung seperti dalam syariat Islam, kata Ustaz Harun lagi.

Maka itu, semua pihak diminta menghentikan serangan bersifat peribadi terhadap Tun Siti Hasmah dalam soal beliau tidak memakai tudung pada usia seperti ini kerana tidak ada keperluan (apatah lagi kewajiban) untuk beliau berbuat demikian, kata Ustaz Harun.

Lebih teruk lagi, jatuh hukum berdosa bagi sesiapa yang mempersoalkan Tun Siti Hasmah tidak memakai tudung kerana masuk dalam kategori mengumpat. – suarapakatanharap
Disqus Comments