Oleh : Chegu Bard
Aku tak berminat nak ulas berkenaan Raja Petra kerana memang lama kredibeliti Petra diragui selepas dia lari ke London (dikhabarkan hidup mewah) yang mana membuat pusingan U selepas membuat kenyataan berkenaan pembunuhan Altantuya.
Namun Zaid Ibrahim, Rafizi, Nurul Izzah, Saifuddin Nasution harus tampil menjelaskan adakah benar John Soh memberikan wang sebegitu banyak dengan jumlah hampir RM26 juta kesemuanya. Malah Anwar dan Azizah juga perlu tampil kerana dikaitkan menerima dana yang jauh lebih besar dari nama yang disebut sebelumnya.
Kini John Soh sudah tidak boleh dihubungi kerana dia dalam penjara Singapura.
Siapa dia John Soh ? Jujurnya, saya kenal John Soh secara peribadi. Saya pernah beberapa kali duduk bersama untuk makan tengahari, minum petang dan naik kereta bersama ketika saya menjadi ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR.
Peranan John Soh pada satu ketika dalam 'circle Anwar' amat kuat sehingga dia pernah beberapa kali hadir dan duduk dalam mesyuarat MPP PKR. Perkara ini saya pernah tegur secara terbuka dalam mesyuarat kerana bagi saya MPP ialah medan tertinggi PKR dan seharusnya tidak terbuka kepada kawan - kawan nak hadir suka - suka. Selepas itu Anwar secara peribadi memanggil saya meminta saya memahami keadaan kerana kononya John Soh punya 'networking' tertentu yang sangat diperlukan bagi strategi politik pada ketika itu. Malah selepas teguran saya John Soh secara rasmi dilantik sebagai anggota Biro Politik bagi menghalalkan kehadiran beliau dalam semua mesyuarat parti.
Memang bukan misteri, John Soh menjadi penyumbang kepada PKR. Seingat saya sebahagian besar perbelanjaan menyiapkan pengubahsuaian Ibu Pejabat Parti ketika itu ditanggung John Soh, malah ketika Datuk Salehuddin Hashim menjadi Setiausaha Agung PKR kertas cadangan menyiapkan pejabat PKR negeri seluruh negara diajukan kepada John Soh dan John Soh bersetuju menyumbang dana. Ketika itu imej dan pengurusan perjalanan pengurusan PKR sangat berimej korporat dan sangat baik.
Ketika Anwar diserang dengan kemunculan Saiful Bukhari , John Soh muncul menenangkan beberapa orang yang dilihat berisiko kepada Anwar termasuk orang yang membawa Saiful masuk bekerja iaitu Rahimi Osman yang sangat kelihatan dijaga oleh John Soh ketika itu.
Zaid Ibrahim masuk PKR dan dia kemudian rapat dengan kelompok 'circle Anwar' sebelah John Soh ini. Namun Anwar punya kerektor yang pelik, Zaid Ibrahim diherokan sehinggalah ketika pemilihan parti 2010 ketika Zaid membuat keputusan melawan Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden tiba - tiba Anwar memanggil che'GuBard dan meminta che'GuBard menyokong Azmin konon kerana katanya Zaid Ibrahim sedang dibantu (didanai) oleh orang yang rapat dengan Daim dan Mahathir bagi mengambil alih PKR. Saya berhujah sehingga mengheret nama John Soh , yang mana saya sebut ketika saya mempersoalkan kenapa John Soh hadir dalam mesyuarat majlis tertinggi Anwar sendiri memanggil dan meminta saya yakini bahawa John Soh ikhlas mahu menjatuhkan Bn.
Tiba - tiba hanya kerana Zaid melawan Azmin semua jadi salah dan berdosa. Anwar tidak menjawab hujah saya dan mengalihkan kepada perkara lain perbualan ketika itu. Saya tegaskan bahawa John Soh marah kepada Azmin sebab John Soh tahu permainan politik Azmin dan menjadikan Mahathir tempat rujuk dan hubungan baik Azmin dengan pemimpin Umno sejak awal, Anwar tersentak dengan ketegasan saya dan segera menamatkan perbualan di rumah ayahandanya di Kajang ketika itu.
Tulisan ini juga bertujuan meminta pemimpin - pemimpin hebat dalam PKR untuk sedikit melihat nasib John Soh yang sedang terpenjara di Singapura, dia pernah muncul dan membantu banyak PKR dan sebahagian apa yang kamu perolehi kini adalah usaha dan sumbangan John Soh, kini dia berdepan kesukaran cubalah membantu yang termampu.
Menerima dana dari orang yang mahu menumbangkan Bn itu tidak nampak apa salahnya. Cuma jika jumlahnya sehingga melibatkan puluhan juta seorang maka salahnya ialah kenapa parti masih bergerak dengan perbagai kesusahan khususnya aktivis di peringkat bawah. Celaka jika benar apabila mengenang nasib aktivis yang sangat payah sejak penubuhan parti di peringkat akar umbi. Maka nama yang disebut wajar memberikan penjelasan sebenar bukan sekadar menjawab dengan menyerang Petra semata - mata.
Ya pasal Petra kita sudah arif tetapi jangan nafikan sepenuhnya peranan dan sumbangan John Soh. Jelaskan pada akar umbi jika tidak pasti akar umbi kecewa dan kesunggguhan berkorban akan menjadi rendah sebab bagi mereka apa guna berkorban jika di atas penuh kemewahan.akan muncul hujah jika hendak tenaga mereka maka bayarlah dengan setimpal....
Mungkin cadangan semua nama yang disebut Petra perlu mengajukan saman fitnah juga harus dipertimbang secara serius kerana itu yang dicabar oleh kita ketika Pas dan Hadi berdepan dengan pendedahan menerima dana besar yang terkait Najib.
Namun sumbangan John Soh tetap berbeza dengan isu Pas mendapat dana 'gelap' dari Najib kerana menerima dana dari musuh politik dengan menerima dana dari penyokong sangat - sangat berbeza.
Untuk rekod tambahan John Soh ini juga merupakan 'pendana' yang mengasaskan salah satu portal berita di Malaysia.
Namun yang kesianya rakyat, terhimpit dengan perbagai kepayahan tetapi ahli politik kiri dan kanan sama sahaja kaki telan sebab itu dari awal saya tegaskan dana politik harus dicatat paling tidak dedah sepenuhnya namun kena ada tatakelola peringkat tertentu parti yang mengesahkan dan meluluskan rekod penerimaan dan perbelanjaan.
Catatan ini dicoret dalam menjaga adab agar tidak tercatat perkara yang terlalu bersifat dalam 'kelambu'. Catatan ini hanya bersifat saling mengingatkan bukan menyerang sesiapa.
Tiba - tiba nama Datuk John Soh Chee Wen menjadi sebutan selepas dipetik oleh Raja Petra dalam tulisan terbarunya.
Jon Soh kini sama seperti Anwar Ibrahim iaitu sedang terpenjara. Dia dalam penjara Singapura kerana sedang menghadapi 188 pertuduhan di mana dia disifatkan sebagai mastermind of Singapore's 2013 penny stock crash. Untuk itu dia juga dinafikan ikat jamin dan ditahan di penjara sementara selesai perbicaraan yang melibatkan nilai hampir $9 billion keseluruhannya.