Monday 8 May 2017

Impian berkecai buruh China di Forest City

LAPORAN KHAS Terpikat gaji mahal, ratusan warganegara China menghabiskan pinjaman masing-masing untuk membayar agen bagi mendapatkan kerja di Forest City Johor.

Malah, ada yang terpaksa meminjam wang untuk tujuan itu.

Bagaimanapun, memasuki Malaysia dengan pas lawatan sosial, pekerja-pekerja itu terpaksa pulang ke negara asal apabila mungkin terpaksa bekerja secara haram atau dibayar lebih rendah daripada yang dijangkakan.

Dalam tempoh dua bulan terakhir, terdapat antara mereka yang tersadai di lapangan terbang Senai, Johor, dan di jalanan sementara menunggu penerbangan pulang ke China.

Anggota Dewan Undangan Negeri Senai Wong Shu Qi berkata, kumpulan itu kini tiada lagi wang setelah membayar antara 10,000 yuan (RM6,288) hingga 24,000 yuan (RM15,092) kepada agen di negara mereka.

“Saya difahamkan oleh media tempatan bahawa seramai 50 orang daripada wilayah Jilin (di China) terkandas di lapangan terbang. Ini berlaku hampir tiap hari,” katanya kepada Malaysiakini dua minggu lalu.

Forest City dibangunkan bersama oleh Country Garden Holdings (CG) dariapda China dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).

Projek itu dilaporkan melibatkan lebih 70 pemaju, kontraktor dan subkontraktor China, termasuk Huaxi, Shen Teng and Hua San International.

Pekerja-pekerja asing itu diupah oleh individu-individu di China,yang dilantikan oleh subkontraktor projek.

Wang Xiaowei, pekerja 40 tahun dari Shaanxi, China, berkata beliau datang ke negara ini setelah dijanjikan gaji sehingga RM9,432 – tiga kali ganda daripada gajinya sekarang.

Terpesona dengan bayaran itu, Wang dan tiga rakannya imeminta jang untuk membayar agen.

Bagaimanapun, setiba sahaja di hotel, mereka terkejut apabila mendapati terdapat pekerja-pekerja lain telah beberapa bulan tidak mendapat gaji.

Akhirnya, kata Wang, dia terpaksa bekerja enam bulan di Malaysia semata-mata untuk membayar pinjaman untuk membayar agen.

Bagaimanapun, tidak semua daripada mereka pulang ke Tanah Besar, katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di lapangan terbang Senai, Johor Bahru.
Disqus Comments