Sunday 7 May 2017

Lelaki Rakam Video Bukti sekolah Cina Punca Jalan Sesak Setiap Hari

 

RENTETAN kejadian perbalahan yang berlaku di Surau Austin Perdana hari Jumaat lalu, seorang lelaki mengambil inisiatif sendiri merakam punca kesesakan jalanraya yang berlaku setiap hari dakwanya berpunca daripada sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Dalam rakaman video tersebut Ahmad Fazani Ismail mendakwa tindakan ibubapa pelajar sekolah yang meletakkan kenderaan di bahu-bahu jalan secara 'double park' telah mengakibatkan kesesakan yang teruk setiap hari di sepanjang jalanraya yang menuju ke sekolah tersebut.



Fazani bertindak menyusuri jalan raya yang dimaksudkan dengan menunggang motosikal bermula dari sebuah persimpangan mula berlakunya kesesakan jalan raya sehingga ke sekolah terbabit.

Di dalam video tersebut, Fazani membandingkan kesesakan yang berlaku di jalan tersebut setiap hari dengan kesesakan di kawasan masjid yang hanya berlaku sekali seminggu iaitu pada hari Jumaat.

Justeru Fazani meminta mereka-mereka yang tidak berpuas hati dengan kesesakan yang berlaku di masjid ketika solat Jumaat yang hanya berlaku seminggu sekali agar menimbangkan kembali perkara itu (bertoleransi).

Rakaman video yang dikongsikan oleh Fazani melalui akaun facebook miliknya menular (viral) dan menerima pelbagai respon orang ramai serta telah dikongsikan oleh lebih 5,800 pengguna facebook.

Di bawah ini rakaman video yang dimaksudkan, sila klik button 'play' untuk menonton video tersebut.


Disqus Comments