Sunday 7 May 2017

Penduduk berang MPBP ( Johor) rampas gerai kuih Melayu di kawasan kampung

   

SEBELUM ini kita dikejutkan dengan berita lelaki larikan lori milik Majlis Bandaran Pulau Pinang, kerana tidak mahu barang-barang di gerainya dirampas oleh pihak berkuasa.

Kali ini gerai milik penjaja Melayu pula dikatakan telah diserbu dan diangkut oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat.

Perkara itu mengundang kemarahan penduduk kampung yang mempersoalkan kewajaran tindakan tersebut memandangkan ia berada di kawasan kampung.

Gerai yang terletak di Kampung Sri Baharom, Rengit Batu Pahat itu dikatakan dimiliki oleh penjaja Melayu yang hanya menjual air kelapa dan sedikit kuih muih bagi menampung berbelanjaan sekolah anak-anak.

Hussein Ismail yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian mengirim gambar bagaimana gerai tersebut diangkut masuk ke dalam lori milik MPBP melalui akaun facebooknya.



"Pihak MPBP tolong jawab kenapa buat peniaga Melayu begini sedangkan mereka berniaga di kawasan kampung," soal Hussien.

Kiriman itu turut menerima pelbagai respon daripada penduduk kampung yang turut meninggalkan komen dalam kiriman yang sama.

Ada yang turut mempersoalkan mengapa kedai judi haram tidak jauh daripada lokasi tersebut tidak diserbu.



Selain itu ada juga penduduk yang mendakwa terdapat bangsa asing yang berniaga sampai mengakibatkan kesesakan jalan namun tiada tindakan diambil.


Sebenarnya kisah penjaja Melayu yang dikenakan tindakan di kawasan Batu Pahat ini bukanlah perkara terpencil, malah ia sering berlaku.

Bezanya oleh kerana kejadian ini tidak berlaku di Pulau Pinang maka ia takkan dilaporkan di dalam TV3 sebab tak boleh nak salahkan cina DAP.

Negeri ditadbir oleh BN bila peniaga Melayu kena tindas pergi lantaklah dengan peniaga itu, sebab BN hanya sebuk dengan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan sahaja.

Disqus Comments