Monday 1 May 2017

Remaja kena saman Polis kerana ubahsuai basikal


   

MEDIA tempatan sebelum ini melaporkan seramai 13 orang remaja berbasikal yang digelarkan sebagai 'Mat Lajak' ditahan oleh pihak polis, membawa kepada rampasan 15 buah basikal yang diubahsuai di Jalan Denai, Taman Bukit Jaya Johor Baharu.

Susulan tangkapan itu, remaja terbabit yang berusia di antara 11 hingga 15 tahun, telah dikenakan tindakan saman atas kesalahan mengubah suai basikal.



Foto remaja-remaja berkenaan bergambar sambil menunjukkan surat saman yang diterima menjadi viral di laman sosial menerima pelbagai respon orang ramai.

Ramai yang mempersoalkan kewajaran tindakan saman tersebut, segelintir berpendapat lebih baik basikal mereka dirampas dan dilupuskan bagi mengelakan tragedi seperti di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Baharu sebelum ini daripada berulang, berbanding tindakan saman yang dilihat sekadar memenuhkan buku rekod.

Namun tidak kurang pengguna media sosial menyokong tindakan saman itu yang mungkin dapat memberi pengajaran berguna kepada remaja terbabit selain dijadikan iktibar kepada 'Mat Lajak' lain.

Disqus Comments