Monday 8 May 2017

"Orang suruh jual Ghaddar dia tak nak" - TMJ, Presiden FAM



Penyokong Bola Sepak Malaysia mesti ada yang terkejut dan kurang terkejut dengan statement baginda kerana ramai yang sudah jangka Pasukan mana mampu menawarkan gaji dikatakan langit dan bumi kepada pemain sensasi Kelantan Mohammed Ghaddar

"Dah la masa Orang suruh jual Ghaddar dia tak nak" tambahnya lagi "saya tidak pernah ada rahsia dengan rakyat Johor" itulah salah satu ayat TMJ dalam sembang  bersama penyokong JDT di JDT CAFE malam tadi di dalam sebuah video llive FB rasmi Johor Southern Tigers.

Mengikut komen penyokong JDT dan lain-lain mengatakan mungkin TMJ hanya bagi cadangan dan pandangan sahaja kepada KAFA sekaligus dapat membantu KAFA melangsaikan hutang dan ada juga penyokong JDT mengatakan TMJ hanya bergurau kerana penyokong JDT lebih mengenali TMJ.

Imbas kembali kata-kata CEO FMLLP

Sebelum ini Ghaddar pernah memberi komen berkenaan ditawarkan gaji lumayan dari pasukan (tidak disebut nama sebelum ini) namun Ghaddar meminta pasukan berhasrat mendapatkan khidmatnya melupakan impian itu kerana tidak mahu dikaitkan dengan sebarang spekulasi


“Andai kata saya ke pasukan lain sekadar mengejar gaji enam angka, saya akan anggap 'Ghaddar' ini kejam kerana sanggup menzalimi pasukan sendiri ketika khidmat saya diperlukan selepas Kelantan kehilangan 6 mata

“Lagipun ayah angkat (Tan Sri Annuar Musa) juga bersusah payah membawa saya masuk buat kali kedua ke negara ini, Jadi tidak patut saya melukai hatinya dan juga pasukan” - Mohammed Ghaddar

Anda sendiri boleh menyaksikan video dibawah TMJ ketika menyebut tentang Ghaddar dari minit 5.00+ .

Disqus Comments