Daphne pun mengamuk, tapi cuma di IG
Nampaknya lebih banyak drama muncul hasil daripada penganjuran dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) dengan anak seni di kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya malam tadi.
Selain isu pergelutan antara pengarah David Teo dan pelawak Sulaiman Yassin atau Mat Over, seorang personaliti TV Daphne Iking turut meluahkan rasa berangnya.
Daphne, yang terkenal dengan pengacaraan majlis dan hos rancangan, memuat naik 'bebelan' beliau di Internet setelah berlaku 'kekeliruan', yang kemudian menyaksikan beliau melangkah keluar dari Seri Perdana dengan marah.
“Saya tidak kisah tidak dapat duduk sebelah suami saya, tetapi kamu undang saya datang dan banyak pula kekeliruan yang timbul,” katanya yang membangkitkan teguran isu berkaitan tempat duduk.
Beliau juga berkata terpaksa bergegas menyelesaikan tugas semata-mata untuk hadir majlis itu tetapi malangnya majlis itu didakwa tidak diuruskan dengan baik.
“Kamu cakap pasal TN50, helo, ini pun kamu tak boleh urus,” kata anak Sabah itu.
“Kamu nak urus dialog TN50 pun tak boleh dengan hanya orang sebanyak ini, bagaimana kamu nak biarkan gerakan ini berkekalan hingga 2050, yang hanya kurang dari 30 tahun.”
Setakat berita ini ditulis, rakaman itu telah ditonton lebih 15,000 kali di Internet.
Dalam insiden malam tadi, Teo dikasari di depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ia bermula apabila Teo mempertikaikan pengendalian pengacara majlis Rosyam Nor yang didakwa tidak memberi peluang sama rata kepada hadirin untuk memberi pandangan.
Tidak puas hati dengan tindakan itu yang didakwa “tidak beradab”, Mat Over melulu ke pentas dan cuba menamparnya, sebelum berlaku pergelutan.
Sementara itu, Daphne juga berkongsi pandangan seseorang bernama Tai Zee Kin berkaitan insiden Teo dan Mat Over malam tadi.
Tulisan itu antara berkata kedua-dua pihak itu telah mendapat apa yang mereka mahu, yang didakwanya "populariti sementara".
"Tidak seperti idea hebat oleh orang seperti (penyanyi) Shila Amzah, Harith Iskandar, dan lain-lain, yang muncul di Internet dan berita timeline adalah tentang kebiadaban David dan amuk Mat Over,” katanya.