Salam. Nama saya Aishah. Umur lewat 20-an, 2tahun selepas mendirikan rumahtangga dan alhamdulillah sekarang sedang hamil anak pertama. First time nak post sini, selama ni baca je. Nak tulis pasal satu isu yg ramai orang suka merungut, isu menantu malas.
Saya perhatikan dah banyak yang post pasal menantu perempuan tak rajin masak, mak mertua terasa hati sebab anak lelaki dia lebihkan bini dia, lepas kahwin dah tak macam dulu etc. Ni saya pulak nak cerita pengalaman saya.
Suami saya ada 2orang abang, 1orang kakak. Tiga-tiga dah berkahwin. Yang sulung, tiada anak, dulu tinggal bersama mak mertua saya(mak dorang la kan) di kampung tapi sekarang tak. Abang ipar no dua ada 3anak, wife dia kerja kt company swasta, anak-beranak tinggal bersama mak mertua saya. Kakak ipar pula anak satu, tinggal di kota sama macam kami. Mak mertua saya pula surirumah sepanjang masa, ayah mertua pula kerja sambilan sebagai taxi driver. Oh lupa, ada dua adik perempuan yg masih belajar, belum kahwin lagi. Ok itu serba sidikit latar belakang.
Saya perhatikan, family in laws saya selalu perli/komplain yg isteri abang yg kedua ni tak buat kerja. Lepas balik kerja terus masuk bilik, memang tak masak, kadang anak-anak merengek lewat malam dia tak layan dan tidur terus, sebab tak larat penat dengan kerja. Mak mertua tak cakap direct tapi dia selalulah mengadu sakit otot sakit lutut sakit sendi,rumah bersepah sebab ada budak-budak kecil. Ye lah dah tua kan. Tak kuat la nak buat kerja rumah sorang-sorang. Kakak ipar dengan kecewanya dia meluahkan semua ni kt saya, dia kata sepatutnya isteri abang no2 tu tolong la jaga mak kat kampung tu, jangan biar dia buat kerja rumah seorang diri. Saya tengok rumah tu pun memang tak teratur. Tak nak describe banyak2 takut jadi kutuk pulak.
Tapi korang tau tak yg adik-beradik yang lain macam mana kat rumah? Yang lelaki, lepas minum air tu, jangan kata nak cuci sendiri, nak letak dalam sinki pun malas. Ayah ke abang ke adik ke semua main letak atas meja makan, tempat letak pinggan (sejengkal je weh dengan sinki), atas almari pinggan. Baju lepas pakai tak masuk dalam bakul baju, letak je kat tepi-tepi bilik. Yang perempuan pun saya tak pernah tengok dorang masak. Yang kakak ipar sebuk kejar anak kecil dia. Yang adik-adik pun cuci pinggan mangkuk sendiri, cuci kain sendiri je. Lepas tu siapa yang kutip kemas cuci semua tu? Nak mertua saya lah. Tambah pulak nak buat susu, bagi makan, mandi, cuci berak cucu-cucu dia.
Saya bukan tak kasihan kat mak mertua saya. Saya nak tolong, nak dia rehat. Tapi fahamlah kekok tau nak buat kerja kat rumah orang. Yela kadang perempuan ni nak ikut cara dia je kalau dalam rumah dia. She’s the queen in the house so kena follow her rules. Hari tu saya cuba cuci baju family sebab jijik tengok bertimbun berbau, tengah buat kerja tu mak mertua asyik tegur eh banyaknya sabun, eh dah letak softlan belum, oh sabun ini yang lama la baru la, cara sidai tak kena la. Allahu kita nak ringankan beban dia tapi dia pulak hilangkan mood orang.
Nak tolong masak? Tak ada masalah. Tapi bila saya masak, ada jugak komen. Eh ni ayam guna yang mana satu, mak ingat ni nak masak utk hari lain, sayur ni nak masak itu ini, tak hangit ke api kuat, API perlahan sangat nanti lambat masak. Nasib lah mak mertua ni kunci syurga suami saya mama saya pun berhuhuhu je dengan perangai dia. Nak cakapnya, bukan semudah kata nak tolong buat kerja rumah sebab big ma’am tak happy kalau benda tu tak 100% ikut cara dia.
Kadang menantu tarik muka, malas nak berjumpa, bukan sebab dia sombong, bukan dia nak rampas anak lelaki dia, tapi memang kadang-kadang mulut mak2 mertua ni boleh tahan pedas dia. Sedarlah menantu tu bukan anak korang, jangan main libas macam anak sendiri. Layan sebagai anak orang lain, nak ke anak perempuan kita diperli-perli, disindir-sindir di rumah mertua mereka? Ok enough la pasal mak, bengang-bengang kita sayang sebab dia makin tua tapi dia sorang je buat kerjarumah kan.
Sementara tu anak-anak lelaki (dan bapaknya) dia pulak buat apa? Memang tak buat apa lah. Bini2 dengan kelam kabut baru balik kerja, urus anak cucu, masak apa semua, dorang dengan sabar tunggu nasi untuk disenduk Salam pinggan mereka oleh isteri masing-masing. Sabar sangat2 ya Allah ampun! Termasuklah suami saya. hehe.
Tapi yang saya hairan mak mertua saya tak suruh dorang tolong pun. Tapi dia dengan kakak dengan adik asyik merungut bini abang no2 tu tak tolong mak dia. Saya tak tahulah kena kutuk jugak ke tak kan. Mungkin sebab saya tak tinggal bersama jadi jarang dapat tolong.
Kesimpulannya, nak senang, nak rumah bersih, nak keluarga harmoni, mulakanlah dengan anak sendiri. Didiklah anak tak kira lelaki atau perempuan untuk hargai ibu, buat kerja rumah. Sebab ramai orang masih dalam angan kalau dapat menantu hidup dorang akan jadi indah sebab boleh mintak tolong itu ini buat kerjarumah. Padahal anak sendiri tak tolong dia, tapi nak harap anak orang lain untuk bahagiakan dia. Logic ke?
Sebab saya tengok biasanya yg komplen menantu malas ni anak dia tak buatkerja. Yang tak komplen, sama ada menantu dia jenis suka berkorban sebab terperangkap dengan stigma menantu kena bahagiakan mak ayah mertua, atau, anak dia rajin so lama-lama isteri/suami dia jadi ikut sekali rajin.
Tolonglah, didik lah anak sendiri untuk bahagiakan kita sebelum suruh anak orang lain bahagiakan kita. Kita yg tak ajar anak lelaki kita untuk cuci pinggan tapi komplen bila anak-anak dah besar pun tak reti jugak. Lepas tu nak salahkan menantu.
Setuju atau tidak?
– Aishah