Tuesday 19 September 2017

Kita Perlukan Campur Tangan Tuhan -Teresa Kok



Kuala Lumpur: Tuhan perlu ‘campur tangan’ dalam urusan dalaman negara ini, doa seorang Ahli Parlimen dalam satu majlis yang diadakan baru-baru ini. YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh menulis di laman facebook milik beliau,

@TeresaKokSuhSim bahawa apabila orang seperti beliau dan rakan-rakan beliau bekerja keras untuk membawa perubahan kepada negara ini, beliau masih percaya kepada ‘campur tangan Tuhan’. “I have attended many many inter-church prayer meetings for the country in the past years. As we are working hard to bring reform and change in the nation, I believe we still need divine intervention.” 

Sebelum itu, beliau ada memuat naik satu status facebook pada 16 September lepas, berkenaan dengan aktiviti berdoa sempena ‘Hari Malaysia’ di Calvary Convention Centre, Gereja Bukit Jalil terbesar di Asia Tenggara.

Kata Teresa Kok lagi, “God can turn impossible to possible”.


Disqus Comments