Sunday, 29 October 2017

4 sebab mengapa "Tiger Zero" halal di minum – Ustaz Fathul Bari


SEBELUM ini umat Islam pernah digemparkan dengan penghasilan ‘bir halal’ daripada sebuah syarikat antarbangsa susulan satu pameran produk halal di ibu negara suatu masa dahulu.

Ia menjadi tular ketika itu kerana bentuk botol pada produk tersebut menyerupai bir biasa yang berada di pasaran sekali gus menimbulkan kegusaran dan persoalan dalam kalangan umat Islam tempatan mengenai statusnya.
Isu itu berjaya ‘dimatikan’ apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan bahawa tiada sijil halal dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk minuman ‘bir halal’.
Ini termasuk mana-mana produk pengguna yang didapati sengaja menggunakan nama menyerupai atau dikaitkan dengan perkara jelas hukumnya memang haram tetapi dijenamakan semula konon sebagai sudah halal.
Jelas beliau lagi, penggunaan nama ‘bir halal’ adalah bertentangan dengan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia dan Standard Malaysia yang jadi rujukan Jakim serta Jabatan Agama Islam Negeri dalam urusan sijil halal.
Bagaimanapun pada kali ini, umat Islam sekali lagi dikejutkan dengan produk yang sudah jelas dikeluarkan oleh sebuah syarikat arak terkenal di Asia, Tiger tetapi mendakwa kononnya minuman itu sebagai sifar alkohol.
Menurut pendakwah terkenal, Fathul Bari Mat Jahya dalam catatan menerusi laman Twitter miliknya, [1]minuman itu adalah halal diminum kerana ramuan pada label tin menyatakan ia tidak mengandungi sebarang alkohol.
Dalam pada itu, anak bekas Mufti Perlis tersebut memberi gambaran bahawa isu berkenaan timbul ekoran namanya kebetulan sama dengan syarikat arak seperti rujukan terhadap nama binatang yang haram iaitu babi dan anjing.
Justeru, walaupun haiwan itu namanya memang adalah haram seperti babi laut atau anjing laut, namun ia tidak pula merujuk sama seperti ‘babi’ sebenar daripada sudut sifat zatnya.
Malah, hujah pendakwah itu turut disokong pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri [2] mengatakan sesuatu minuman yang mengandungi alkohol kurang daripada 0.5 peratus adalah dibenarkan.
Kenyataan mufti itu dirujuk menerusi hujah tokoh Islam kontemporari terkenal, Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi yang pernah [3] mengatakan bahawa penggunaan kandungan alkohol hanya sebanyak 0.5 peratus adalah dibenarkan.
[4] Selain itu, Zulkifli merujuk kepada kenyataan Muzakarah ke-22 Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 1988 mengenai isu kordial yang mengandungi bahan perasa alkohol bagi tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya;
1. Alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak
2. Kuantiti alkohol dalam perasa itu sedikit iaitu tidak memabukkan.
Namun, pandangan ustaz, mufti dan ulama tersohor tersebut masih lagi dipertikaikan oleh ramai netizen yang dikatakan meragui terhadap cara penghasilan produk berkenaan pula.
Ada pihak mendakwa, sekiranya produk itu dihasilkan daripada bangunan yang sama satu bumbung mengeluarkan barangan haram, maka secara tidak langsung statusnya juga adalah tidak halal.
Malah lebih jelas, produk kontroversi sifar alkohol berkenaan pula secara terang langsung tidak memaparkan sebarang logo rasmi halal keluaran Jakim pada tin minuman tersebut.
Setakat ini, pihak Jakim dilihat masih belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara berkenaan minuman yang dikatakan sebagai bebas alkohol itu.
Namun secara umumnya mengikut sudut Fiqah, jika seseorang Muslim itu berasa ragu-ragu terhadap sesuatu perkara, maka lebih afdal untuk terus meninggalkannya.
Hal ini kerana bimbang ia menjadi perkara syubhah yakni samar-samar antara yang halal dan haram.
.
Jika bahan-bahan untuk fermentasi berasal dari biji-bijian seperti gandum dan cereal lainnya, maka bahan tersebut harus di rendam dalam air (soaking) hingga berkecambah , direbus, diproses menjadi mash dan dipanaskan. Disamping penggunaan mikroorganisme pada proses fermentasi, kondisi optimal fermentasi harus dijaga seperti masalah aerasi, pH, suhu dan lain-lain. Beberapa pengelompokan minuman keras adalah sebagai berikut :
No
Nama
Bahan Baku
Kadar Alkohol (%)
Proof (2x % ethanol (v/v))
1
Beer
Barley, Gandum
5
10
2
Anggur
Buah anggur atau jenis lainnya
12
20-24
3
Brandy
Anggur yang didestilasi
40-45
80-90
4
Whisky
Barley,jagung dan lainnya
45-55
90-100
5
Rum
Tetes tebu
45
90
6
Vodka
Kentang
40-50
80-100
.Sumber: MYNEWSHUB.CC/AM & Media Panas
Disqus Comments