Home
Berita
Isu Semasa
Politik
semasa
Annuar: Saya dulu 'orang Mahathir' tapi pilih sokong Najib sebab..
Thursday, 26 October 2017
Annuar: Saya dulu 'orang Mahathir' tapi pilih sokong Najib sebab..
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa mengakui beliau sebelum ini merupakan 'orang Mahathir' ekoran Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu banyak berjasa kepadanya ketika berada di dalam kabinet dan menerajui parti.
Namun Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, beliau memilih untuk menyokong Datuk Seri Najib Razak, kerana Presiden Umno itu mempunyai kualiti sebagai seorang pemimpin dan sikap yang menyenangkan.
Ujarnya, Najib sangat istiqamah dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin nombor satu negara meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran dan tekanan dari dalam mahupun luar negara.
"Kalau dikira ikut istilah politik memanglah saya orang Mahathir lah, saya akui.
"Jasa dan budi Mahathir ini pada saya begitu besarlah, saya budak kampung biasa saja dan ahli keluarga saya tak ada yang terlibat dengan politik, saya hanya pemimpin pelajar tetapi dengan takdir Allah, (dan) Tun Mahathir bagi peluang saya jadi menteri.
"Tapi itu soal jasa, tapi dalam politik ini soal jasa harus kita kenang tetapi ada perkara-perkara lain yang lebih besar lebih penting.
"Jadi saya tengok Najib ini sabar dan saya duduk sepuluh tahun bekerja dengan dia dalam kabinet, dia sangat bijak, berkualiti bagus, gentelman dan satunya Najib ini sangat pandai berkawan," kata Annuar.
Annuar berkata demikian dalam program Santai "Anda Tanya Saya Jawab..." bersama anak muda yang berlangsung di bangunan utama Parlimen, hari ini.
Program yang dihadiri kira-kira 30 golongan belia itu menampilkan empat tetamu khas dari Universiti Malaysia Perlis, Universiti Malaysia Sarawak dan Universiti Malaya serta Universiti Malaysia Sabah.
Terdahulu Annuar dikemukakan soalan mengapa beliau menyokong Najib sedangkan beliau merupakan kepimpinan era bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menghuraikan lebih lanjut, Annuar langsung memberikan perbezaan antara kedua-dua pemimpin itu, yang mana ujarnya Najib dilihat mengutamakan perjuangan parti berbanding Dr Mahathir yang terkenal dengan sikapnya yang kuat 'merajuk'.
"Apa yang pentingnya saya sokong Najib, pertama kerana dia mempertahankan parti dan dia tidak melawan parti berbanding Mahathir kerana dia (Dr Mahathir) ada agenda peribadi, dia sanggup buat apa saja, sanggup tinggalkan parti, dia sanggup keluar dari parti.
"Nak tunjukkan dia merajuk dia tinggalkan parti. Jadi, kalau kita buat macam itu seperti sebuah kapal kalau kita bergaduh dan meninggalkan kapal siapa yang jaga kapal itu," ujarnya.
Dr Mahathir mengumumkan keluar daripada Umno pada Februari tahun lalu, yang mana ia adalah kali kedua selepas mengumumkan menarik diri dari Umno pertama kali pada 2008.
Beliau kemudiannya menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama bekas pemimpim Umno, seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada Ogos tahun lalu.
Dalam pada itu, Annuar turut menyifatkan Najib, yang juga Ahli Parlimen Pekan, seorang yang penyabar.
Annuar berkata kesabaran Najib itu jelas dan beliau mengambil contoh sewaktu pemerintahan Mahathir.
"Dalam Umno saya jadi ahli dulu tapi Mahathir kata bagi Anwar (Ibrahim) jadi ketua pemuda, Najib ikut walhal kalau Najib berkeras dan sokong Shuhaimi (Kamaruddin) pada waktu itu, Anwar Ibrahim tidak akan ada tempat dalam Umno.
"Tapi Najib bagi laluan dan begitulah seterusnya, dia tak pernah lawan sesiapa," ujar Annuar.
Share this
Recommended
Disqus Comments