Monday, 30 October 2017

Dapat Gelaran Dato Di Usia 19? Ramai Tak Puas Hati


SETIAP tahun, begitu ramai rakyat Malaysia menerima darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu dan Ketua-Ketua Negeri sempena menyambut hari keputeraan masing- masing.

Bukannya mudah untuk mendapat gelaran Dato’ atau Datuk ini, setiap daripadanya perlu melalui proses penilaian dari pihak istana dan kebiasaan, ia diberikan kepada individu-individu yang mempunyai jasa kepada negara ataupun kepada negeri.

Namun, gambar seorang pemuda yang dipercayai berusia 19 tahun menerima anugerah darjah kebesaran telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen di media sosial.

Menurut pemuat naik gambar, dia menyatakan pemuda berkenaan baru berusia ‘setahun jagung’ namun telah menerima darjah kebesaran Dato.

“Kes macam ini yang buat orang tersenyum bila jumpa orang bergelar Dato’…19 tahun…apa sajalah jasanya agaknya ya?” soalnya.

d3

Pemuda berkenaan yang dilihat berada di ruang legar istana menggenakan pakaian seragam istiadat beserta jam tangan mewah Richard Mille.

Rata-rata netizen mempersoal kewajaran pangkat berkenaan diberikan kepada pemuda berusia 19 tahun itu yang turut disusuli dengan persoalan “Sultan mana bagi pangkat Dato ni?”

Jika diikutkan, baru sahaja berlangsung dua hari lepas majlis menerima darjah kebesaran bersempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob ke-78 di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada dia merupakan salah seorang daripada 923 penerima darjah di majlis tersebut.

Apa pun, dengan usia yang semua itu apa lah jasa yang dilakukan sehingga mendapat gelaran tersebut.

Bukan hendak mempertikan keputusan istana namun bagi kami, gelaran Datuk atau Dato’ ini selayaknya diberikan buat individu yang berumur 35 tahun keatas.

Masih banyak lagi cara lain yang boleh kita iktiraf golongan ini. Biarlah mereka menjalani perti getir hidup ini dan kemudian sesudah menjangkau umur yang sewajarnya, bolehlah dikurniakan pangkat berkenaan.

Biarpun kami tidak mempunya kuasa, apa kata kerajaan menyemak semula polisi serta proses pemberian gelaran dan bintang-bintang kebesaran ini dan elok dibawa berbincang dengan Majlis Raja-Raja.
Disqus Comments