Monday, 30 October 2017

Plaza Tol Bukit Kayu Hitam pindah ke lokasi baru mulai 1 November 2017

PEMANSUHAN Tol Bukit Kayu Hitam yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2018 menjadi pertikaian ramai selepas tersebarnya "banner" yang memaklumkan bahawa Plaza Tol berkenaan akan berpindah operasinya ke lokasi baru.

"Plaza Tol Bukit Kayu Hitam akan mula beroperasi di lokasi baharu pada jam 6:00 pagi, 1 November 2017," tertulis pada kain rentang itu, yang turut memaparkan logo Kerajaan Malaysia dan syarikat lebuhraya PLUS.



Apa yang dapat kita fahami dari makluman kain rentang tersebut ialah, Plaza Tol Bukit Kayu Hitam tidak dimansuhkan seperti yang diumumkan oleh PM, sebaliknya hanya dipindahkan ke lokasi lain.


Kalau kita lihat dari pengumuman Najib tempohari, pemansuhan tol Bukit Kayu Hitam akan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2018.

Tapi belum pun sampai tarikh tersebut, nampaknya operasi tol berkenaan sudah dipindahkan ke lokasi baharu bermula pada 1 November 2017.

Adakah pada tarikh 1 Januari 2018 nanti, tol di lokasi baru ini  yang akan dimansuhkan?

Jika tidak, maknanya pemansuhan tol Bukit Kayu Hitam hanyalah sekadar taktik menipu rakyat, kerana ia sebenarnya tidak dimansuh, melainkan diubah sahaja tempat operasinya kerana lokasi lama mungkin tidak mendatangkan untung.

Disqus Comments