Sunday 8 January 2017

Kerajaan Meluluskan Uber dan Grab Kerana Pemandu Teksi Suka Tipu - Nazri Aziz



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Nazri Aziz mendedahkan satu daripada punca utama Kabinet memberi lampu hijau kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk mengawal selia perkhidmatan Uber dan Grab kerana tidak mahu pemandu teksi terus menipu pelancong.

Menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata, reputasi pemandu teksi menipu pelancong merosakkan industri pelancongan negara, tetapi dengan adanya Uber dan Grab, pelancong tidak lagi mempunyai alasan takut datang ke Malaysia.
“Pelancong boleh menggunakan telefon mereka dan terus memanggil teksi daripada Uber atau Grab,” katanya pada sidang media di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tsun Jin, hari ini.
Nazri berkata, sebagai sebuah negara, Malaysia perlu bergerak ke depan dan industri teksi perlu memahami hakikat itu.

Beliau menasihatkan pengusaha teksi tempatan belajar cara mempelbagaikan perkhidmatan untuk terus beroperasi, bukannya memainkan watak mangsa dan menyalahkan kerajaan.

“Kami turut menggalakkan pengusaha teksi tempatan mewujudkan aplikasi sendiri. Ia bukan salah kami jika teksi tempatan ketinggalan. Setiap orang perlu bergerak ke depan dan industri teksi tidak terkecuali.”

Disqus Comments