Home
Berita
Foto
Info Ilmiah
Isu Semasa
Parah
Pelik
Peringatan
Politik
semasa
Status
Tips
Sayur pula naik harga
Sunday, 8 January 2017
Sayur pula naik harga
Belum selesai lagi dengan isu kenaikan harga ikan, kini pengguna dibebankan pula dengan kenaikan harga sayur-sayuran.
Tinjauan di Pasar Besar Alor Setar hari ini mendapati harga kacang bendi meningkat kepada RM9 hingga RM 10 sekilogram berbanding RM6 hingga RM7 sekilogram sebelum ini.
Turut berlaku peningkatan ialah harga tomato daripada RM4 kepada RM5 sekilogram, manakala kubis bulat dan lobak merah mencecah RM6 sekilogram berbanding RM3 sekilogram.
Peniaga sayur, Sazali Ismail, 37, berkata kekurangan bekalan di pasaran adalah ekoran musim tengkujuh di negeri Pantai Timur yang turut menjadi punca kenaikan harga sayur ketika ini.
“Bukan semua sayur ada peningkatan harga, macam cili melaka masih kekal RM12 sekilogram, manakala sayur sawi masih murah iaitu RM2.50 hingga RM3 sekilogram.
“Kami hanya menaikkan sedikit harga apabila kami terpaksa membeli sayur lebih tinggi daripada pembekal agar memperoleh sedikit keuntungan,” katanya ketika ditemui.
Rohaini Abdullah, 55, pula berkata kejatuhan nilai mata wang ringgit turut menjadi punca kenaikan harga sayur-sayuran.
“Apabila barang kurang, ia terpaksa dibawa masuk dari Thailand, namun pemborong perlu bayar lebih akibat kejatuhan nilai ringgit Malaysia ketika ini.
“Keadaan ini menyebabkan pembekal terpaksa menaikkan harga borong kepada peruncit dan peruncit pula menaikkan harga bagi mendapat sedikit keuntungan,” katanya.
Sementara itu suri rumah, Halimah Ahmad, 42, berkata kenaikan harga sayur-sayuran menambahkan lagi beban pengguna selepas kenaikan harga ikan dan santan di pasaran.
“Bawa RM50 datang pasar dapat beli beberapa jenis ikan dan sayur sahaja berbanding 10 tahun lalu, saya harap kerajaan dapat memantau atau membantu mengatasi masalah ini agar tidak terus membebankan rakyat,” katanya.
Share this
Recommended
Disqus Comments