Wednesday 26 April 2017

Harga Petrol Turun Tengah Malam Ini





Berita baik untuk pengguna. Bermula malam ini harga minyak akan turun antara enam dan tujuh sen seliter.

Laporan Sin Chew Daily dan China Press menyatakan harga jualan runcit petrol RON95 dan RON97 akan berkurangan enam sen menjadikan harga terbaru bahan itu masing-masing RM2.21 dan RM2.48 seliter.

Bagi minyak diesel pula, ia mencatatkan penurunan tujuh sen menjadikan harga jualannya RM2.14 seliter.

Penetapan harga jualan petrol dan diesel dibuat secara mingguan sejak 1 April lalu berbanding secara bulanan sebelumnya.

Langkah itu dibuat bagi menyelaraskan harga bahan berkenaan dengan realiti pasaran di dunia.

Penurunan mulai tengah malam ini adalah yang pertama berlaku selepas ia meningkat untuk tiga minggu berturut-turut sejak mekanisme baru diperkenalkan.

Minggu lalu harga runcit RON95 akan naik tiga sen manakala RON97 akan naik dua sen, menyaksikan harga bahan itu masing-masing berada pada RM2.27 dan RM2.54 seliter.

Pada 6 April lalu RON95 dan RON97 masing-masing naik 3 sen dan 2 sen seliter.
Disqus Comments