Wednesday 26 April 2017

Permintaan Terakhir Mohamad Thaqif Sebelum Meninggal Dunia



Pelajar sebuah madrasah tahfiz swasta di Johor Bahru, yang dipercayai dipukul oleh seoarang pembantu warden dilaporkan meninggal dunia hari ini.


Baca Juga : Dipukul tanpa sebab, pelajar tahfiz luah derita dalam diari

Beberapa media melaporkan Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11, yang dijadual menjalani pembedahan tangan pagi ini tetapi ditangguhkan berikutan keadaan jantung pelajar thafiz itu dilapor berada dalam keadaan tidak stabil, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 2.05 petang tadi.

Menurut bapanya, Mohd Gaddafi Mat Karim, 43, anaknya meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail ketika mereka sedang membaca doa untuknya.

Mohamad Thaqif Amin pada mulanya dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru, Rabu lalu susulan dipukul oleh pembantu warden asrama madrasah itu yang berusia 29 tahun.

Semalam, keluarga Mohamad Thaqif memaklumkan tangan kanan pelajar itu mungkin terpaksa dipotong pagi ini kerana sudah bertukar hitam hingga ke paras siku.

Jumaat lalu, kedua-dua belah kaki Mohamad Thaqif terpaksa dipotong.

Sementara itu, portal Berita Harian Online memetik Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Asisten Komisioner Rahmat Othman, sebagai berkata, Mahkamah Majistret Johor Bahru membenarkan perintah reman ke atas pembantu madrasah tahfiz itu dilanjutkan sehingga Sabtu ini.

"Permohonan melanjutkan penahanan reman diluluskan tiga hari dari esok sehingga Sabtu ini oleh Mahkamah Majistret Kota Tinggi pagi tadi," katanya.

Ahad lalu, Majistret Mazana Sinin membenarkan permohonan polis menahan reman pembantu madrasah tahfiz sehingga esok bagi membantu siasatan kes pukul Mohamad Thaqif.
Disqus Comments