Thursday 6 April 2017

‘Masa Boleh Mencelah Kamu Buat Apa? Melancap?’ Rafizi Dicemuh Penyokong Sendiri


BEKAS Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dilihat begitu marah dengan tindakan Speaker Dewan Rakyat yang telah menggunakan kuasa pada dirinya untuk menangguhkan sidang Dewan Rakyat sejurus selepas pembentangan Rang Undang-Undang persendirian oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selesai.

Walaupun berlaku sedikit kekecohan ‘ala zoo’ dalam kalangan para wakil rakyat dari DAP dan PKR, namun Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia tidak mengendahkan barisan pembangkang.

Ini membuatkan Rafizi yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan bertindak meminta agar sidang dewan diteruskan dengan perbahasan lanjut.

Tidak cukup ‘memekak’ bersendirian di dalam Dewan Rakyat ketika Pandikar dan anggota Barisan Nasional (BN) telah bertindak keluar, Rafizi bersama-sama beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang dikuasai DAP telah melakukan sidang media khas mengenai perkara tersebut.

Mungkin kerana masih tidak berpuas hati, maka Rafizi telah menggunakan akaun media sosial Facebook miliknya untuk meluahkan rasa marah yang terpendam dalam hati ‘Raja Fitnah’ berkenaan.

Melalui akaun Facebook bernama Rafizi Ramli, pengendalinya yang dipercayai Rafizi sendiri telah memuatnaik status mengecam tindakan Pandikar.

Apa yang lebih melucukan lagi adalah, Rafizi akan bersama-sama wakil rakyat pembangkang akan menganjurkan sendiri sebuah sesi Parlimen olok-olok pada hari Isnin depan, 10 April menggunakan laman Facebook miliknya.



Lebih memeranjatkan lagi, kenyataan yang di buat dalam akaun Facebook Rafizi itu bukan mengundang kekaguman atau sokongan para netizen, sebaliknya ia menjadi ruangan untuk mengkritik, mengutuk dan mencemuh tindakan Rafizi bersama-sama para wakil rakyat pembangkang yang lain.

Rata-rata yang masuk memberi komen dalam laman Facebook Rafizi berkenaan adalah netizen yang berhaluan kiri, atau dengan kata lain mereka merupakan penyokong Pakatan Harapan.

Namun, dalam isu Rang Undang-Undang 355 (RUU355) serta insiden yang berlaku di Dewan Rakyat pada petang 6 April 2017 itu majoriti mereka (dilihat hampir semua) telah menyebelahi pihak BN dan PAS sekali gus tidak menyokong tindakan Rafizi dan Pakatan Harapan yang dikuasai DAP.

Antara contoh komen yang mereka lontarkan kepada Rafizi adalah seperti berikut ;




 

Malah, dalam banyak-banyak komen yang amat memedihkan telinga Rafizi dan Pakatan Harapan dikuasai DAP itu, ada beberapa komen yang cukup menarik dan mampu membuatkan mulut fitnah Rafizi terdiam begitu sahaja.

Namun, ia hanya mampu dikongsikan satu komen ini sahaja sebagai contoh betapa netizen tidak merestui dan menyokong tindakan Rafizi serta para pemimpin Pakatan Harapan yang dikuasai DAP itu ;



Jelaslah kepada kita bahawa netizen semakin hari semakin mengenali siapa sebenarnya Rafizi dan para wakil rakyat Pakatan Harapan yang dikuasai DAP.

Sesi pembentangan RUU 355 ini lebih menampakkan diri mereka yang sebenar hingga membuatkan para penyokong sendiri sudah hilang kepercayaan terhadap perjuangan sebenar Pakatan Harapan yang dikuasai DAP. –Tv14
Disqus Comments