Tuesday, 16 May 2017

Page Pro-UMNO Pertikai Pertubuhan NGO Milik Dr.MAZA


1. Sehari dua Dr Maza yang dikenali lantang hanya berdiam diri. Membiarkan Admin facebooknya Abu Hafiz Salleh Hudin yang juga Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim menepisnya. Habis dikerahnya NGO membela Dr Maza seperti IPSI, PROmedia Tajdid, IKRAM dan individu-individu tertentu. Kononnya semua sukarela! Fund Rising IQ dengan jualan meja sehingga RM30 ribu nyata memakan diri. Facebook Maza penuh dengan komen serangan netizen. Apabila kena batang hidung habis semua dikerahnya.

2. Dr Maza dan pengikutnya lupa persoalan yang netizen bangkitkan. Adminnya masih menegakkan hal relevannya kutipan derma dan penjualan meja sehingga ribuan ringgit itu. Sebenarnya 7 PERSOALAN yang perlu dijawab oleh Dr Maza dan Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim.

i. Pertama: Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim diasaskan oleh Dr Maza sendiri bersama Ustaz Abd Rasyid bin Idris berpengkalan di Mengkuang, Bukit Mertajam. Dalam erti sebenar Pertubuhan ini milik Dr Maza. Dr Maza aktif menggunakan pertubuhan ini ketika tidak menjawat jawatan Mufti. Malah menggunakan namanya atas berkempen mengutip derma seperti pada tahun 2013, memohon sumbangan RM150 ribu ke akaun CIMB 07130000756107 bagi melangsaikan pembayaran tanah bersebelahan Dewan Al Qayyim, Bukit Mertajam. Sehingga kini Dr Maza walaupun dilantik semula sebagai Mufti Perlis kekal aktif dalam pertubuhan ini sebagai Penasihat Pertubuhan. Bukankan jelas terdapat unsur Kepentingan Dr Maza dalam pertubuhan ini?

ii. Kedua: Kerana ada kepentingan Dr Maza dan pertubuhannya menggunakan kedudukannya sebagai Mufti untuk mengutip derma. Apa perlunya penjawat awam seperti Mufti yang memiliki NGOnya mengumpul dana awam melalui jualan meja sehingga RM30,000? Sebab apa? hanya dengan nama Mufti para penderma akan tampil ke depan membeli meja? Ini sangat bertentangan dengan peraturan penjawat awam Pekeliling perkhidmatan 3/1998 menerima dan mengutip derma.



iii. Ketiga: Bagi mengukuhkan lagi kedudukan Dr Maza dalam NGO miliknya ini maka Abu Hafiz Salleh Hudin proksi Dr Maza yang kini sebagai 'Admin' Facebook Dr MAZA.com dilantik sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim. Bukankah ini satu cara Dr Maza terus menggunakan NGO ini termasuk dana yang diterima dari pihak luar?

iv. Keempat: Dr Maza sebagai Mufti Perlis dan ada pengaruh terhadap Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) turut memberikan bantuan kewangan kepada Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim. Bukti-bukti program juga wujud. Bukankah ini satu bukti penyalahgunaan kuasa sehingga memberikan dana bantuan untuk NGO yang diasaskannya sendiri? Dalam masa sama terus terlibat mengutip derma awam menggunakan kedudukannya sebagai Mufti.


Al Qayyim ke Amerika Syarikat- Dr Maza merasmikan AGM MISG. AJK berkepentingan Dr Maza dalam pertubuhan turut dilantik AJK Majlis Fatwa Negeri (Syor Dr Maza, Mufti)

v. Kelima: Apakah benar Dr Maza dan Pertubuhannya sengaja menyebarkan penjualan meja secara berpakej berkontroversi agar publisiti meluas dapat dilakukan. Bagi mereka Dr Maza Mufti Perlis kekal ada dan jualan meja iftar tetap tidak terjejas sekalipun dikecam netizen sebagai penjual agama. Bagi mereka menggunakan nama penasihat dan pengasas asal Al Qayyim akan terus melariskan jualan meja apatah lagi diadakan di PWTC. Tetapi Pertubuhan Al Qayyim terlupa Dr Maza sebagai pengasas NGO adalah seorang Mufti di Negeri Perlis! Malah Presiden Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim Dr Muhammad Rozaimi Ramle (Pensyarah UPSI) dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersama Dr Maszlee Malik (UIA- AJK IQ) di atas syor Dr Maza selaku Mufti Perlis. Apa maksudnya?



vi.  Keenam: Memandangkan Dr Maza Mufti Perlis sebagai Pengasas dan Penasihat Pertubuhan Kebajikan Al- Qayyim dan punya kepentingan dalam urusan pendapatan dan perbelanjaan pertubuhan (sehingga meminta derma) adalah wajar Dr Maza dan Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim mendedahkan penyata tahunan pendapatan dan perbelanjaan mereka yang telah diaudit untuk mengesahkan kebenaran siapa penderma, jumlah dana yang mereka dapat dan ke mana dana itu dibelanjakan. Menurut sumber dalaman Al Qayyim penyata ini tidak pernah dilihat serta dilaporkan sejak ia ditubuhkan. AGM pertubuhan ini juga tidak pernah diketahui. Rafizi Ramli dari INVOKE misalnya menjawab kontroversinya bab pendapatan pertubuhannya dengan pengisytiharan terbuka. Jadi NGO Al Qayyim juga tiada masalah untuk berbuat demikian.

vii. Ketujuh: Menurut sumber dalaman Pertubuhan Al Qayyim pada tahun 2016 kutipan dana derma berjumlah RM 16 juta. Ia tidak pernah diisytiharkan. Tidak diketahui siapa penderma ke mana ia dibelanjakan. Hanya pengurusan tertinggi pertubuhan sahaja mengetahuinya. Ia tidak pernah didedahkan dalam AGM mereka. Penyata tahunan juga tidak pernah dikeluarkan. Jadi amat penting Dr Maza dan Pertubuhan miliknya mendedahkan perkara sebenar. Rakyat perlu tahu.

3. Anda boleh bayangkan cara Dr Maza mengumpul wang untuk NGOnya menggunakan jawatannya sebagai Mufti Perlis. RM16 juta dalam akaun mereka dan kini katanya jualan meja RM30ribu Iftar Perdana habis terjual. Agaknya berapakah jumlah wang NGO ini tahun sehingga pertengahan 2017?

4. SPRM wajar menyiasat Dr Maza dan akaun Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim memandangkan terdapat kepentingan Dr Maza di dalamnya. Kita bimbang jumlah wang sebanyak itu diberi kepada tujuan-tujuan lain termasuk politik kepartian. SPRM perlu menyiasat apakah sumbangan dan kutipan derma teratur sebagaimana dalam perlembagaan pertubuhan perlu diisytiharkan dalam Penyata Tahunan dan semua kutipan mereka disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan. Jika pertubuhan ini tidak dapat memberikan kerjasama adalah wajar disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFAPUAA ) 2001

Nota: Ada desas-desus Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim tidak berdaftar. Mungkinkah juga seperti Rafizi Ramli INVOKE didaftar atas syarikat?


Captain M
15 Mei 2017



Disqus Comments