Wednesday 17 May 2017

Video Sudut Dekat Pelakon Mat Over tampar muka David Teo depan PM Najib Razak

 

PELAKON Mat Over atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin malam tadi mencetuskan kekecohan apabila bertindak menampar muka Penerbit Filem terkenal David Teo dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak.

Dalam rakaman video berdurasi 1 minit 47 saat yang tersebar, Mat Over dilihat tiba-tiba meluru dari arah belakang pentas menuju ke arah David Teo yang sedang memegang mikrofon mengucapkan sesuatu depan Perdana Menteri, Najib Razak.

SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Tidak sempat David Teo nak habiskan pantun lawaknya, "Sekali ombak menghempas pantai..."



"Pang!" penampar Mat Over pun sampai cuba menyentuh pipi David Teo, mujur ketika dalam situasi genting itu, anggota polis yang bertugas segera menangkap tangan Mat Over sekaligus menahannya daripada terus bertindak.

Tidak diketahui apa sebenarnya punca yang membuatkan Mat Over marah sangat dengan David Teo. Namun apa yang kita ketahui ialah, Mat Over ini memang orang kuat Umno merangkap ahli Umno tegar.



Mungkin dia bertindak kasar apabila merasakan Presiden Umno, Najib Razak seperti mahu dijadikan bahan lawak oleh David Teo.

Berikut video yang dimaksudkan, sila klik button 'play' untuk menonton.

Sesuailah dengan nama glamernya sebagai 'Mat Over' memang over pun.

"Lepas ni bolehlah Mat Over dapat pangkat datuk,"
Disqus Comments