Tuesday 6 June 2017

Harumanis Kini Tidak Laku,Peniaga Terpaksa Turunkan Harga


KELAZATAN isi harumanis menyebabkan ia dianggap sebagai ‘emas’ bagi negeri Perlis kerana dijual pada harga sehingga RM40 sekilogram.

KANGAR – Harga mempelam harumanis yang menjadi ikon negeri Perlis jatuh sehingga 50 peratus ekoran kekurangan permintaan pengguna pada bulan Ramadan ini selain pengeluaran yang meningkat berbanding tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Perlis, Ahmad Bakri Ali mengakui, harga mempelam harumanis mula jatuh selepas kurangnya permintaan sejak bermula Ramadan.

“Berdasarkan maklumat yang saya terima, ada peniaga yang menjual buah mempelam harumanis hanya RM23 hingga RM25 sekilogram berbanding harga lantai yang ditetapkan iaitu RM26 sekilogram,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Harga normal mempelam harumanis di pasaran ialah RM25 hingga RM40 sekilogram mengikut gred dan saiz buah.Kosmo
Disqus Comments