Tidak dapat dibayangkan bagaimana susahnya orang pada zaman dahulu membina jalan darat melintasi Banjaran Titiwangsa yang gah sebagai tulang belakang negara demi untuk menghubungkan perjalanan kita generasi sekarang dari Timur dan Barat. Dengan jentera yang tidak semoden sekarang serta teknologi yang agak terhad pada waktu ketika itu, agak perit rasanya untuk menggambarkan kesusahan mereka yang membina jalan ini pada zaman lalu.
Benar kata pujangga orang-orang tua berkenaan dengan pengorbanan orang dulu sebenarnya adalah untuk manfaat anak cucu kita pada zaman akan datang. Jadi, dalam artikel orangperak.com kali ini akan menceritakan tentang kisah dan peristiwa hitam yang berlaku sewaktu pembinaan jalan yang lebih dikenali dengan nama Lebuhraya Timur Barat supaya dapat didendangkan dan dihayati dengan ketahui jasa dan pengorbanan mereka yang semakin dilupakan pada hari ini.
Peristiwa Hitam Disebalik Pembinaan Lebuhraya Gerik Jeli
Apa yang berlaku untuk diceritakan pada anda adalah peristiwa yang tidak dijangka telah berlaku pada tarikh 27 Ogos 1974. Pada hari tersebut, pihak komunis telah menyerang pekerja-pekerja yang sedang bekerja dalam membina jalan tersebut. Pekerja-pekerja ini adalah orang awam yang tidak bersalah mencari rezeki yang halal demi menyara keluarga tercinta.
Kesan dan sumbangan daripada serangan pengganas komunis tersebut telah mengakibatkan sebanyak 63 buah jentolak diletupkan, seramai tiga orang pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) telah meninggal dunia dan puluhan yang cedera termasuk juga yang cedera parah. Walau apa jua perjuangan sebenar pengganas komunis ini, serangan ini wajar dikutuk sekeras-kerasnya.
Peristiwa Hitam Disebalik Pembinaan Lebuhraya Gerik Jeli
Serangan pada waktu itu adalah pada zaman era darurat kedua di Malaysia yang mana pengganas komunis kembali mengganas antara tahun 1967 hingga tahun 1989. Akibat daripada tindakan serangan pengganas komunis ini bukan sahaja sekadar hanya membantutkan tempoh pembinaan Lebuhraya Timur Barat, tetapi keluarga mangsa juga yang turut terkesan dengan kehilangan ahli keluarga yang tercinta.
Peristiwa Hitam Disebalik Pembinaan Lebuhraya Gerik Jeli
Oleh kerana itu, tempoh pembinaan Lebuhraya Timur Barat ini memakan masa sehingga 11 tahun lamanya. Untuk makluman anda semua pembaca setia orangperak.com, kegunaan Lebuhraya Timur Barat ini ditutup kepada orang awam selepas jam 6 petang pada awal tahun 1980 an. Kos pembiayaan untuk menjayakan projek lebuhraya ini juga dikatakan meningkat dari RM85 juta kepada RM205 juta.
Peristiwa Hitam Disebalik Pembinaan Lebuhraya Gerik Jeli
Pembiayaan yang meningkat itu adalah bertujuan untuk menampung segala jentera dan peralatan yang rosak dimusnahkan oleh pengganas komunis. Jelaslah disini bahawa pengganas komunis tekad hendak menggagalkan usaha pembinaan jalan tersebut kerana ia akan memudahkan pergerakan tentera untuk memerangi kegiatan komunis yang bersarang di sekitar kawasan hutan tebal disana.
Peristiwa Hitam Disebalik Pembinaan Lebuhraya Gerik Jeli
Sebuah tugu peringatan telah dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mengingati dan mengenang mereka yang telah terkorban serta telah menjadi mangsa kekejaman pengganas komunis semasa sedang bekeja keras dalam membina jalan raya yang menghubungkan Perak dan Kelantan.
Sehubungan dengan kisah ini, kami dari orangperak.com menyeru kepada anda semua agar dapat mendendangkan kisah ini pada sahabat, keluarga dan anak cucu kita yang akan datang untuk peringatan bersama serta memperingati dan mengenang mereka yang telah susah payah membina kemudahan untuk kita semua gunakan pada hari ini sehinggakan mati dibunuh oleh pihak komunis.
Peristiwa Hitam Disebalik Pembinaan Lebuhraya Gerik Jeli
Pengorbanan mereka bukanlah pengorbanan yang sia-sia kerana apa yang kita dapat lihat pada hari ini, terdapat jutaan pengguna yang menggunakan Lebuhraya Timur Barat sepanjang tahun. Sungguh besar jasa mereka pada kita semua dan juga negara.