Tuesday 13 June 2017

Lagi Pemandu Grab Car Biadap



PEMANDU KERETA SAPU GRAB MAKI HAMUN PENUMPANG.
SCROLL KE BAWAH UNTUK MELIHAT VIDEO

Bayangkan jika penumpang itu faham dan hanya berpura-pura tidak faham maki hamun yang dilemparkan oleh pemandu kereta sapu #Grab terbabit kepada penumpang itu.

Apa pula alasan yang akan diberikan pemandu kereta sapu itu, jika belaku pergaduhan diantaranya beliau dan penumpang cina terbabit?

Inikah tahap quality perkhidmatan yang dipuji, dan diagung-agungkan oleh penumpang dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat - SPAD selama ini?

FAKTA :
Kemalangan - sudah.
Tipu pihak insuran - sudah.
Tak boleh klim insuran - sudah.
Rompak penumpang - sudah.
Cabul penumpang - sudah.
Rogol penumpang - sudah.
Maki hamun penumpang - sudah, yang belum hanya tinggal kes bunuh penumpang jer..

KESIMPULANNYA :
Jika diluar negara bila dah belaku kejadian seperti ini, Kerajaan mereka mengambil tindakan serious, dan mengharamkan aktiviti kereta sapu beraplikasi terbabit.

Tetapi di Malaysia ini lain sedikit, sekalipun telah belaku kes rompak, kemalangan, maki hamun penumpang, cabul dan rogol, Kerajaan khususnya #SPAD akan terus berdiam diri seolah-olah tiada apa-apa yang belaku.

PERSOALAN :
Dimanakah realitinya SPAD sentiasa mengutamakan keselamatan penumpang yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam darat negara?

#KamalPERS1M
Disqus Comments