Wednesday 14 June 2017

Video: Sultan Johor Bawa Bekas Makanan Sendiri Beli Juadah Berbuka


Mersing: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mencemar duli pergi ke bazar ramadhan di Taman Wawasan, Mersing untuk membeli juadah berbuka puasa.

Melalui video berdurasi 53 saat itu, Sultan Ibrahim dilihat membeli makanan daripada penjual di bazar itu dengan membawa sendiri bekas untuk diisi makanan.

Orang ramai dilihat memuji tindakan Sultan yang membawa sendiri bekas makanan kerana dapat mengurangkan penggunaan plastik sekaligus menjaga alam sekitar.
Disqus Comments